
Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Cara Hargai & Bahagiakan Isteri, Suruh Jer Gantung Kuali. Tapi Jangan Tanya Nak Makan Apa. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Dalam melayari alam rumah tangga ada pelbagai cabaran dan dugaan. Baik dengan orang sekeliling mahupun diri kita sendiri. Sebab itu setiap pasangan kena saling menghargai dan bertolak ansur jika mahu rumah tangga aman bahagia.
Dalam masa yang sama, hargai pasangan anda. Tak kira bagaimana cara bukan hanya dengan wang ringgit atau hadiah yang mahal-mahal. Yang penting mereka tahu.
Sebut hal ini, ada antara pasangan yang suka membawa isteri dan anak-anak keluar makan di luar. Namun, cara ini jika tak kena gaya boleh mengundang perselisihan faham dan buat pasangan bermasam muka. Nak tahu kenapa, jom baca bingkisan dari Mohd Fadli Salleh.
Kawan aku Mohd Farid muat naik status cara nak gembirakan isteri dengan ajak keluar makan je katanya.
Mudah je nak hargai dan bahagiakan isteri katanya. “Suruh mereka gantung kuali dan tanya nak makan apa.”
Si Farid ni tak tahu ke, teknik tu bakal makan diri? Nak suruh isteri gantung kuali tu dah betul. But it’s a big no to ask them what to eat. That is a big mistake!
“Sayang nak makan apa?”
“Apa-apa je lah bang.”
“Masakan Thai ya.”
“Bosan dah makanan Thai.”
“Western nak?”
“Tak nak la western. Kan minggu lepas baru makan.”
“Kita makan pizza nak?”
“Tak elok untuk kesihatan makan fast food ni bang.”
“Kalau gitu, kita makan masakan Itali lah.”
“Mahal la bang. Lagi pun jauh restoran tu. Jem lagi. Susah parking lagi. Nanti anak meragam.”
“Okey. Kalau gitu sayang yang tetapkan. Sayang nak makan apa?”
“Apa-apa la bang.”
Ha nampak? Nampak? Nampak tak keanehan orang perempuan?
Jangan la cari bala tanya mereka nak makan apa. Kau bawa terus la kat kedai mana-mana Farid oi!
Kau bukan tak tahu, mereka ni bukan makhluk dari bumi. Kalau dia diam pun bikin kita gundah gulana dan risau.
Kalau kita tanya apa masalah, bila mereka jawab “Tiada apa-apa masalah pun” itu ada 1001 maksud. Paling senang minta maaf je walau kau tak tahu apa salah kau.
Bila mereka buka mulut, argue itu ini, buat-buat pengsan adalah jalan terbaik.
Jadi, jangan ajar bukan-bukan kat adik-adik kita yang baru kahwin tu.
Soalan “Sayang nak makan apa?” boleh membuatkan kaum kita kemurungan tahu tak?
#MFS
– Wanita bukan makhluk bumi –
.
11 Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Buat Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak boleh kita abadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Bagi Seorang Isteri, Lepas Kahwin Hidup Dia & Tanggung Jawab Pada Suami Adalah Segala-Galanya. Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Bagi sesetengah wanita, apabila bergelar isteri kehidupan mereka berubah seratus peratus. Tiada lagi istilah me time atau bersuka ria dengan kawan-kawan. Sebaliknya suami dan anak-anak adalah keutamaan.
Saling melengkapi, itulah resipi kebahagiaan dalam rumah tangga. Dalam masa yang sama tidak lupa untuk menghargai segala penat lelah pasangan anda. Tidak kira sebesar zarah sekali pun.
Bukan wang ringgit yang didambakan setiap masa, namun kasih sayang yang dicurahkan dan perhatian sewajarnya itu sudah membuatkan ikatan suami isteri semakin kuat dan utuh.
Perkongsian saudara Farhad Hassan ini cukup bermanfaat buat pedoman suami isteri yang lain.
Setiap hari bangun pagi,
Aku buka lampu, dia tutup aircond.
Aku masuk tandas, dia ironkan baju.
Aku solat subuh, dia sediakan sarapan.
Aku sarapan, dia masuk tandas dan solat subuh.
Masuk kereta,
Aku drive, dia bukakan makanan dan air,
Aku buka bluetooth, dia bukakan lagu,
Aku tengok kanan nak lintas, dia tengokkan kiri,
Aku menguap ngantuk, dia urutkan bahu.
Ada extra gaji,
Aku belikan hadiah utk dia,
Dia dapat job, ajak makan Seoul Garden.
Pergi ambil exam takaful, dia teman.
Pergi jalan TAR cari barang, aku teman.
Aku short duit, dia topup kan.
Aku buat investment, dia execute kan.
Dekat rumah,
Dia masak, aku potongkan bawang.
Aku masakkan maggi, dia buatkan ayam masak lemak.
Aku sapu lantai, dia mop kan lantai,
Aku belikan makanan kucing, dia mandikan kucing.
Aku ambilkan keropok, dia buatkan kopi.
Aku basuhkan baju, dia lipatkan baju.
Bila sakit,
Aku accident motor, dia bersihkan luka.
Dia operate apendiks, aku pimpin tangan ke tandas.
Aku demam, dia sediakan ubat.
Dia demam, aku sediakan kain basah dahi.
Aku sakit kepala, dia bawakan panadol.
Dia sakit gastrik, aku bawakan minyak panas.
Yang sebenarnya, dia boleh je buat semua benda sendiri, but of course bila dah kahwin ada give and take. Teammates macam Keluang Man dengan Tiong Man, Batman dengan Robin, Tom dengan Jerry. To have someone who got your back.
Bukannya dia tak boleh buat semua tu, tahun 2020 ni, Perdana Menteri perempuan pun byk dah ada cuma setelah selesai akad nikah, walaupun suami masih ada tanggungjawab lain-lain, tapi untuk seorang isteri, tanggungjawab kpd suami adalah segala-galanya untuk dia, hidup dia.
Lets just appreciate them and give them more & more setiap hari. Beri masa, perhatian, kasih sayang walaupun dah bertitle pengantin tua/veteran/lama. Because they deserved it, and we owe them that.
Sebab kalau bukan kita, siapa lagi?
Thank you Watiey Abdullah for the love and everything ❤️