Kumur Air Kunyit Atasi Masalah Gigi Berlubang. Serius Kena Cuba Petua Ini!

Share

Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.

Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.

Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.

Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.

Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).

Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.

Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.

Selamat mencuba!