Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Pakai Baju Nikah Dijahit Ibu & Abang Kandung Pulang Dari Jepun, Momen Indah Eyra Hazali Bergelar isteri
Dengan sekali lafaz, pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, jumaat lepas.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.
Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media.
Sebelum ini, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina binti Hazali telah mengikat tali pertunangan dengan penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim II (JDT II) pada Disember tahun lepas.
Selepas hampir setahun bergelar tunangan Muhammad Haziq bin Nadzli, kini Eyra sah bergelar isteri kepada jejaka tersebut
Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Eyra menggayakan persalinan hasil rekaan sendiri yang dijahit ibunya, Qhuzie Johari.
Syukur Ya Allah. Mummy siapkan baju and veil eyra dalam masa seminggu saja. Thank you so much Supermom, @qhuzie ❤️. I love you so so so much ❤️ #HNxEH
“Syukur Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Sebelum dinikahkan, jujurnya saya gementar, namun Allah mempermudahkan urusan kami.
“Banyak juga dugaan kami lalui menjelang hari pernikahan. Satu persatu dugaan datang, termasuklah lokasi pernikahan. Masjid ini adalah lokasi kedua yang kami tukar,” katanya.
Lebih mengharukan Eyra adalah kehadiran abang kandungnya yang membuat kejutan dengan pulang dari Jepun semata-mata mahu meraikan hari bahagia adiknya yang tersayang.
sewaktu majlis pernikahan, abang Eyra dikatakan tidak dapat pulang untuk sama-sama meraikan detik bersejarah itu.
“Restu family yang paling penting. Terima kasih Ya Allah,kau hadiahkan aku keluarga yang terbaik dan memberi aku sebuah lagi keluarga yang sporting ! Walaupun from my side,abang eyra @haziqaqmalhazali dan dari side haziq,adik dia @nazufiqnad tak ada,tapi awak berdua sentiasa dalam hati ❤️ #HNxEH
View this post on InstagramA post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
Sumber: Berita Harian Online, IG eyra.hazali
Patutlah Asyik Pening Kepala. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Pening kepala adalah perkara biasa, tetapi jika terlalu kerap, boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan rutin harian. Perkongsian Dr. Ezairy M.Sallih ini sungguh bermanfaat untuk diketahui. Jom semak!
“Isteri saya ini selalu sangat pening. Ada doktor kata migraine, ada kata vertigo, ada kata resdung, darah tinggi. Pening kepala saya!”
Bawa bertenang. Pening kepala merupakan simptom general yang boleh berlaku kepada sesiapa. Kadangkala, sukar untuk berjaya mengenalpasti punca lebih awal. Sebab ia gejala yang tidak spesifik!
Kajian di barat menunjukkan lebih 30 peratus daripada kita berjumpa doktor akibat simptom pening kepala saja sebelum mencapai usia 65 tahun. Dahsyat kan?
Perlu pemeriksaan.
Doktor perlu memeriksa pesakit secara keseluruhan. Darah tinggi, kencing manis, bacaan kolesterol, gejala resdung, pendengaran, mata dan banyak lagi. Adalah sukar untuk mengenalpasti penyakit itu tanpa melakukan pemeriksaan. Perlu berjumpa doktor.
“Tapi, setiap kali pening kepala saja, bacaan darah tinggi saya mesti naik?”
Ini biasa ditemui. Ramai daripada kita tidak sedar bahawa mereka mengalami beberapa penyakit yang mereka sendiri tidak tahu sebelum itu. Ini bahaya. Dirisaukan ia diketahui sebaik sahaja mendapat komplikasi seperti serangan strok, kerosakan organ dan lain-lain.
Jadi, apa sebab pening kepala ini? Apa punca-puncanya?
Gejala pening kepala boleh dibahagikan kepada fisiologikal, postraumatik, neurologikal, psikologikal dan beberapa lagi. Apa beberapa kaedah pembahagian untuk mengenalpasti punca pening kepala. Rumit kalau nak dibincangkan satu persatu.
Maka itu saya ringkaskan seperti di bawah.
1. Sea sickness atau kita selalu sebut sebagai mabuk laut. Ini berlaku akibat konflik yang berlaku apabila visual input(pandangan kita kepada lantai bot) mengalami konflik dengan pergerakan bot yang terolang-aling. Jadi apa kena buat? Sebab itu anda dinasihat pandang saja ke depan bagi mengurangkan konflik ini.
2. Visual. Anda yang berkaca mata pasti mudah faham apa yang saya maksudkan kan? Apabila seseorang baru memakai atau menukar power cermin mata contohnya, ini akan memerlukan perubahan adaptasi pada refleks yang dipanggil vestibulocular reflex(VOR) bagi memastikan pergerakan mata seiring dengan pergerakan kepala. VOR bagi mereka yang berusia sangat perlahan dan ini merupakan salah satu sebab mereka mudah mengalami pening kepala.
3. Ketinggian atau dipanggil ‘height vertigo’. Bagi memastikan postur badan kita stabil, perubahan pergerakan kepala 2cm sahaja dibenarkan bagi membolehkan pandangan(visual) kita membantu kestabilan tubuh. Sebab itu apabila anda berdiri melihat ke bawah di bangunan tinggi, anda akan rasa melayang dan ingin berpusing. Tak percaya? Boleh cuba. Tapi pastikan ada seseorang di sisi. Hati-hati.
4. Migraine. Masalah ini sering dikaitkan dengan simptom pening kepala sebelah bahagian sahaja. Betul? Tapi pernahkah anda mengalami pening kepala, apabila berjumpa doktor itu katanya migraine, bila jumpa doktor ini katanya vertigo. Jadi mana satu betul ini? Anda pernah dengar ‘Migraine associated vertigo’? Masalah ini boleh berlaku kepada anda dan kadangkala amat sukar untuk membezakan dengan ‘meniere disease'(saya akan cerita tentang meniere selepas ini). Sebanyak 40 peratus pesakit yang mengalami meniere turut mengalami migraine!
5. Meniere disease merupakan salah satu gejala vertigo iaitu pening kepala berpusing dan disertai dengan masalah pendengaran. Ia berlaku disebabkan oleh masalah pada vestibular sistem iaitu organ keseimbangan tubuh dan pendengaran juga.
6. BPPV atau benign positional paroxysmal vertigo berlaku apabila berlaku perubahan pada pergerakan kepala. Serangan berlaku biasanya sekejap saja dalam beberapa saat ke minit. Ia berlaku akibat masalah pada semicircular canal iaitu struktur keseimbangan tubuh. Pesakit BPPV tidak mempunyai masalah pada pendengaran. Berbeza dengan meniere.
7. Ubat. Beberapa jenis ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan pening kepala seperti ubat yang bertindak central iaitu phenytoin, barbiturates, carbamazepine dan banyak lagi.
8. Pendarahan kepala atau gegaran otak. Ini biasa berlaku selepas kemalangan. Pening merupakan salah satu gejala utama yang biasa ditemui.
9. Sinusitis atau resdung. Pesakit biasa akan mengadu berat kepala dan muka disamping masalah pada hidung seperti tersumbat, hidung berair, kurang bau dan lain-lain.
10. Ketumbuhan. Ini yang paling kita tak mahu dengar. Ketumbuhan paling biasa menyebabkan masalah vertigo ialah pada kawasan pangkal otal (cerebellopontine angle). Ketumbuhan dalam otak sendiri juga boleh menyebabkan simptom pening kepala kepada pesakit. Pesakit boleh datang dengan gejala pengsan, serangan sawan selepas beberapa hari pening kepala di rumah.
Kalian… jangan lambat dapatkan rawatan. Jangan jumpa bomoh-bomoh. Jangan dapatkan suplemen dan jamu dulu. Jangan urut-urut, buat rawatan kampung dulu. Jumpa doktor dulu, periksa apa masalah kita. Doktor membantu selagi boleh. InshaaAllah.
Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih
Maklumat di atas adalah sebagai rujukan tambahan. Tidak bertujuan sebagai konsultasi penyakit anda. Jumpa doktor untuk diagnosis tepat.
*Saya tambah nombor sebelas yang ramai lupa termasuk saya. Stres dan tekanan hidup. Hidup ini pilihan. Kita yang pilih untuk gembira atau berduka. Nak sedih, nak ketawa, nak menangis atau apa-apa hak kita kan? Dekatkan diri dengan Tuhan. Hati tenang, fikiran senang dan InshaaAllah masalah hilang.
Sila tekan butang #SHARE jika anda rasa tulisan ini berguna. Semoaga membantu lebih ramai orang.