
Bercerita tentang hobi, nyata minat anak kelahiran Klang iaitu Encik Mohd Yusof Ali ini cukup unik. Dia mengumpul secara serius beberapa koleksi barangan Milo bermula sejak tahun 2008 hingga kini.
Antara koleksi terawal yang dikumpul adalah berupa cawan dan mug. Kemudian bertambah sampai ke tin, barangan percuma, stiker pelekat dan hinggalah replika motor menghiasai kediamannya.
Apabila ditanya komen ahli keluarga terutama isterinya, bila satu rumah penuh dengan barangan Milo, nyata isterinya memahami hobinya itu.
Menurutnya tidak timbul rasa tidak selesa dan sebagainya dek kerana setiap barangan disusun kemas dan rapi oleh suaminya.
Pun begitu menurutnya lagi, “Andai ada tetamu yang bertandang ke rumah, reaksi mereka kali pertama pasti akan berasa pelik. Maklumlah bila ruang tamu penuh dihiasi dengan koleksi barangan Milo semata-mata.”
TERINGAT BERSAMA ARWAH AYAH
Mencungkil kisah hobinya itu lagi, ia juga antara alasan untuknya mengenang kembali nostalgia dengan arwah bapanya, Ali Kader.
“Sebenarnya bapa saya dulu pemilik restoran, jadi saban bulan stok Milo akan dihantar ke kedai. Dari situ, saya akan dapat banyak hadiah percuma, antaranya kotak pensel dan bekas minuman.
“Sejak tu, saya terbiasa dengan barangan Milo ni. Sememangnya ia bukan sekadar barangan lama sebaliknya menyimpan kenangan manis zaman kanak-kanak.”
Sumber : Yusof Ypi Miloman
“Hati Ibu Mana Tak Runtun Tengok Leher Lebam & Muka Berbirat,” Anak ‘Didera’, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar Pengasuh

Kisah penderaan anak-anak oleh pengasuh bukan kes baru berlaku, Saban masa ada sahaja berita tentang ini dikongsikan baik oleh keluarga mangsa mahupun orang terdekat. Terbaru, seorang ibu bernama Fatin Zulhaq memuat naik satu status mendakwa anaknya telah didera ketika berada di bawah jagaan pengasuh tersebut.
Kronologi Pengasuh Lufya Daleesha☹️
Pertama, nak cerita pasal mula2 nak dapatkan baby sitter sebelum masuk kerja .
Fatin dapat BS ni dari KELAB BABYSITTER KUALA LUMPUR & SELANGOR . Pada malam tu Fatin start text die , tnya smua lah pasal anak dan bs tu . BS tu sendiri mengaku die dah 18 tahun pengalaman mengasuh, ade sijil dan kalau boleh nak limit jaga anak tu 2 org shj kalau keluarga die ta kesah katenye.
6 hari selepas cari BS selain die , saya dan mak pergi ke rumah BS ni untk suai kenal dan turut bawa si Lufya habis berbincang dan kami tetapkan utk hantar Lufya lepas 9/9/19. Sebab masih cuti dan nak hantar mak balik kampung 😊.BS terima dan minta bayar awal bulan mungkin takut parents tak jujur.. So saya bayar sesiap awal bulan tu , tapi baby tak hantar lg tau .
.
Masa 1st hantar baby Lufya terkejut ramai sangat anak asuhan yg BS jaga , lebih 8 orang waktu tu, bs cakap ramai yg transit baby ade 3 org termasuk Lufya ☹️ , bulan pertama hantar memang tak susah hati lagi . Walaupun bulan pertama hantar hanya 8 hari , kami still bayar full . Sebab kami sangat percaya pada BS ni 🥺
Mata bengkak macam baru lepas nangis
Bulan kedua , Fatin & suami sudah rase tak sedap bila hantar Lufya . Bila letak dalam carseat je menyebek nak menangis. Asal balik dari rumah BS mata bengkak macam baru lepas menangis yg lama, Naluri parents memang kuat. Jujur Fatin sebagai ibu, Fatin tahu anak Fatin mcm mana die bukan jenis high demand gila2 pun . Die sgt mudah di jaga . Fatin kerja shift so kalau hantar pagi pukul10am Fatin akan mandikan Lufya sesiap, dan kalau hantar pukul 2 petang sepatut kena ambil pukul10 malam . Tapi selama hantar Lufya dgn BS ,1 hari sahaja kami pernah tinggal Lufya sampai pukul 10pm tu pun sebab Fatin shift petang dan Suami ade operasi waktu tu 😞. Tapi still sama hantar 11 hari bayar full..
.
Pernah sehari tu Fatin tanya BS kenapa dekat leher Lufya macam ade lebam , kena semut ke? Tp BS ckp itu tahi lalat ☺️ tapi lepas 3 hari yg die cakap “tahi lalat” tu hilang 🤦🏻♀️ lepas dari pada tanya ni , pergi ambil Lufya BS nak naikkan harga upah 😟 tak terkejut pun sebab tahu die jaga sebab duit 😌 bincang dengan suami keesokkanya , kami bersetuju untuk bayar seperti yg BS nak . Sambil tu Fatin try jgk lagi cari bs lain dalam group tu jgk 😭
Anak kena cakar
Masuk bulan ketiga pada 12/11/19, Fatin sepatut kerja petang tapi Fatin hantar anak awal sebab nak ke rumah anak2 yatim di Ampang, (activist di sana). Fatin sempat text bs sebab nak hantar anak awal, depan rumah bs pukul 10.30 pagi hantar Lufya. Bagi salam 5 kali gais tak di jawab dengar budak2 gelak main mainan , call baru bs sedar . Rupanya die tidur 😞 pastu letakkan Lufya baik2 dekat tilam die , sebab mata die dh lali nak tido. Dalam perjalanan nak ke Ampang tu , dalam hati ni memang gundah gulana, siap gtau suami suruh cari BS lain 😭 petang pukul 6 ,suami pergi ambil Lufya kat BS tengok muka anak berbirat ☹️ suami tanya BS, BS cakap kene cakar dengan anak asuhan lain 😭 suami ambil beg Lufya terus keluar dr rumah bs tu. Waktu tu Fatin kerja , suami sempat send pic Lufya seperti di bawah 😭 hati ibu mana tak runtun tengok muka anak sampai mcm ni ☹️
Bila tanya BS die suruh kite plak pergi settel dengan mak budak asuhan (budak perempuan) yg cakar Lufya tu , ya Allah… mana tanggungjawab awak sebagai BS ? Mak budak tu call la Fatin mintak maaf semua… padahal bukan salah die , anak die pun tah betul ke tidak anak die pukul, sebab anak die baru 1tahun 6bulan 🤦🏻♀️
Minta maaf sambil mengalirkan air mata
Keesokkan hari, Fatin dan suami pergi jumpe bs dan niat kami memang nak tahu cerita sebenar . Sebab waktu ibu budak (Sue) yg kononnya bs cakap die cakar Lufya tu ade call dan bgtahu Fatin , BS cakap anaknya telah tampar Lufya 😅 nampak tak dah bercanggah 🤦🏻♀️ kami pergi dan kebetulan Sue ade kat situ, kami bersembang secara professional .
Pada awalnya, bs minta maaf sambil mengalirkan air mata , dan Sue sekali lagi minta maaf . Untuk pengetahuan semua Sue follow up Fatin pasal kes Lufya ni pada malam kejadian tersebut & bs hanya buat keras je . Macam bukan salah die walaupun sebenarnya die dah cuai☹️ suami tanya pasal kkm, katenye die ade, Kami suami isteri tanya baik2 dan still tak percaya , pada awalnya die cakap dengan Fatin, Lufya kena cakar dengan Sue die cakap anak Sue tampar dan berdepan dengan bs sdri die ckp anak kene permainan letgo 🤦🏻♀️ dan yg paling latest suami die cakap anak asuhan lain jatuh dan tertampar Lufya 🥺 ya Rabb , mana yang betulnya Ya Allah.
Kalau mereka benar Fatin pasti jawapan akan jd sama tp kenape mesti lain2. Bs siap tanya ape feedback still nak hntar tak , keputusan Fatin memang tidak dan kami datang untuk ambik tilam dan barang2 Lufya , dalam kami berbincang dan nak tahu cerita tu saya luahkan semua pada bs yg pada awalnya die dah tipu saya, dan die cakap anak asuhan die hanya ank fatin dan anak Sue shj , selebihnya dalam 8 orang mcm tu adalah anak asuhan ibu die yg berumur 50an. Korang percaya? Saya tidak kesah die nak jaga berapa orang pun tapi mampukah die ? 🥺
Suami bgthu smlm pergi HKL doc tak cek lg dh ckp itu kesan penampar , tp dalam surat DOC ckp Lufya disyaki didera . Mereka ade jugak tnye still nak buat report ke, Fatin keluarkan surat report yg dibuat oleh suami smlm dari beg dan tunjuk pada mereka dan sekarang hanya tunggu pihak polis jalankan tugas . Waktu ni muka resah bs memang nampak , Lufya sampai tertido di pangkuan ayahlah sambil duk tgu kami berdebat 😅 dah tanya tapi still jawab benda lain so kami berangkat sebab nak jumpe io pukul 10 . Saya sempat salam dan berterima kasih dgn bs.
Dia dalam tekanan
Dan skrg saya dapat tahu , BS cakap
saya lempang die di balai
die beri saya RM1200( utk apa?)
Die kene tido balai dlm keadaan preggy (mase bila die preggy, tak nampak perut)
Dan yg “paling baik”saya hina perkerjaan bs die (kerja Fatin pun tak perfect , mana mahu Fatin nak hina kerja org) Ya Allah , patut ke BS ni jaga anak korg? Die dlm tekanan , kesian budak2 yg die asuh skrg 😭 harap dorg tak apa2 . Kenyataan kat atas tu semuanya tak betul , pada masa ni IO tak inform apa2 takkan dorg terus sergah je . Kalau ikutkan nak lempang dari 1st hari Lufya kene tu die dah kene teruk, tapi saya tahu undang2 , fatin respect lagi die sebab tua dr fatin😟
Sekarang kite tunggu JKM jalan tugas . Harap sangat budak2 yg bs jage sekarang selamat 🥺
.
Korang yang area Wangsa Maju, Taman Desa Setapak , Keramat semua . Kalau nak ambil BS tanya kawan dulu atau ahli keluarga yg kenal dhlu. Jangan ambil yg tak kenal tanpa selidik dahulu. Sekarang Fatin kena .. harap tiada lagi kes macam ni berlaku … sy tak nak mention fb dia tp nama BS Linda/Hasrinda ,ddk area taman desa setapak… korang hati2…
“Semua Orang Nak Nikah Buat ‘Counting Days’, Sha & Ubai Ulang Alik Hospital Demi Mak” – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah menyifatkan ibu kepada tunangnya, Ubai MZ iaitu Allahyarham Rohani Jamal seorang wanita yang penyayang dan baik hati.
Menerusi hantaran di Instagram, Shila berkata dia bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk hadir dalam kehidupan arwah.
Dalam masa sama, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah akui sedih apabila arwah tidak dapat bersama-sama pada majlis akad nikahnya bersama Ubai yang bakal berlangsung sekitar minggu ini.
“Mak (Rohani), terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha (Shila).
“Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.
“Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah.” tulisnya.
Dalam pada itu, Shila juga ada memuat naik sebuah video yang menceritakan detik-detik indahnya bersama arwah sepanjang hajatnya.
Terdahulu, Ubai menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 petang Ahad.
Sebelum ini, Ubai memberitahu ibunya telah ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 24 Julai lalu.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi susulan kanser ovari yang dihidapi.
Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi 24 Julai tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Untuk rekod, Ubai dan Shila telah mengikat tali pertunangan pada pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis tertutup. Difahamkan juga, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah sekitar minggu ini.
Sumber: Instagram
“Aku Rasa Akulah Orang Yang Paling Kenal Bapak…” Anak Titipkan Rasa Cemburu Buat Allahyarham Abu Bakar Omar, Undang Sebak!

Perginya pelakon veteren Abu Bakar Omar pada tanggal 16 April yang lalu ke negeri abadi, merupakan berita mendukacitakan buat semua. Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini begitu disanjungi bakatnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Turut berkongsi rasa kesedihan dengan pemergian insan tercinta, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang juga merupakan anak sulung arwah telah menitipkan apa terbuku di hati. Luahan rasa betapa rasa cemburu di hati turut membuatkan warganet berasa pilu dan sama-sama mendoakan agar arwah berbahagia di sana.
Bapak..
Aku rasa akulah orang yang paling kenal bapak ..
Rupanya aku salah…banyak rahsia bapak yang hanya timbul selepas bapak kembali ke dakapan rahmat Allah…
Aku kenal bapak aku dari sisi bukan seorang bapak..sama seperti kalian kenal…
Anak wayang yang mengisi ceritera nusa dan bangsa..dipuji, dicerca, dimarah, disayangi kesan watak yang diberikan…antagonis watak yang terlalu sinonim zaman mudanya..
Anak pasar borong yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan rasa…hingga beliau digelar Bakaq Bolong..mengambil tanggungjawab menjaga keluarga seawal usia darjah tiga..membantu tok wan di pasar borong…
Namun hakikat bapak jauh dari itu…
Allah kurniakan pengakhiran hayatnya dengan segala keindahan…
Allah jemput di penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan…Jumaat pertama Ramdhan..dalam fasa Rahmat Allah..
Bapak dimandi dan dikafankan oleh kami semua anak2nya…malah lebih dari itu..anak2 yang menumpang kasih beliau sebagai bapa…
Sangat mudah diuruskan…jenazah yang sangat lembut…tenang bapak persis tidur…tiada kotoran yang keluar dari badan bapak tika istinjak dan dimandikan..
Bapak seolah tahu masanya telah tiba…
Diminta cucu sulong untuk rapikan dirinya beberapa hari sebelum itu..
Di pesan kepada adikku mencari pasangan..buat peneman bonda…itulah pesannya berulang kali hingga hari terakhir..
Bapak tunggu sehingga semua kami adik beradik sampai…barulah bapak meninggalkan kami dalam keadaan sangat tenang..persis tidur gayanya…
Jenazah diuruskan dengan teratur dan lancar sekali….ribuan doa pengampunan dan kebaikan dibacakan untuk bapak dari khalayak yang tidak pernah bapak kenali mereka..tak kurang juga ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kematian yang dicemburi…
Sungguh bapak…
Aku cemburu…lihat bapak disayangi orang luar…
Luar biasa sayangnya itu bapak…
Ramai yang menghubungiku secara peribadi menceritakan baiknya bapak dalam membantu mereka…yang aku tak pernah tahu pun..dari masjid hingga marhaen biasa menceritakan kepadaku apa yang dikau bantu mereka…
Aku cemburu bapak…
Seorang ibu kematian dua orang anak yang tak pernah dikau kenali…dengan hati yang sangat tulus tanpa sebarang kepentingan sekadar memaklumkan kepadaku bahawa beliau membaca setiap hari hampir ratusan kali Surah Al Fatihah dan Al Ikhlas didoakan khusus untuk anak2nya…dan bermula dari saat kematianmu…secara khusus ibu ini memasukkan sekali namamu bapak…akan dilakukan sepanjang hayatnya…itulah bicara janjinya dengan ku…
Aku cemburu bapak…
Ratusan yang hadir solat jenazahmu…sebahagian besarnya bukan dari orang yang kami kenali..bukan juga teman2 lakonanmu…tapi jelata yang sangat menyayangimu…
Aku cemburu bapak…
Tanah kubur kelompok keluarga kita yang lazimnya sangat berselut umpama sawah bergenang air dalamnya…tapi Allah takdirkan untuk persemadianmu itu tanahnya merah lembut tanpa setitis air.. yang sangat sempurna liangnya..
Aku cemburu bapak…
Usai ziarah pusaramu pada hari berikutnya…aku terserempak dengan satu keluarga yang teresak nangisnya..bertanyakan di mana kuburmu…tanpa kenali siapa aku…mereka menceritakan betapa bapak telah sangat membantu hidup mereka…hinggakan mereka mangaku bahawa bapak adalah ayah angkat mereka…sungguh aku tidak pernah kenal mereka…
Aku cemburu bapak…
Aku cemburu..
Aku masih menyelongkar rahsia hidupmu…
Rahsia hidup yang dikau sembunyikan dari kami…
Hingga mulianya dikau dipenghujung hari…
Bapak…
Damailah di sisi Ilahi..
Kami menjadi saksi…
Dikau bapa yang sangat disayangi…
Mohon sudi doakan Ayahanda kami..
Almarhum Tuan Haji Abu Bakar Omar..
Sumber : Muhamad Zainuddin Abu Bakar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club