Berita

Kumpul Baju Sekolah Terpakai, Usaha Pihak Sekolah, Ibu Bapa Bantu Golongan Memerlukan

Share

Kumpul baju sekolah terpakai, usaha pihak sekolah, ibu bapa bantu golongan memerlukan. Usaha murni sebuah sekolah di Petaling Jaya serta ibu bapa mengumpulkan pakaian sekolah terpakai mendapat perhatian ramai.

Kumpul Baju Sekolah Terpakai

Lebih menarik, baju-baju sekolah yang disumbang itu ada yang belum pernah digunakan, disusun dan digantung dengan baik bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar memilih mengikut keperluan serta saiz masing-masing.

“Tadi singgah sekolah anak nak beli buku teks. Dulu ampaian ni kecil saja, letak di depan pondok jaga. Alhamdulillah, sekarang ampaian dah makin besar.”

Usaha Pihak Sekolah, Ibu Bapa Bantu Golongan Memerlukan

Itu reaksi seorang lelaki di atas usaha murni pihak sekolah anaknya dan ibu bapa yang menyumbang baju sekolah terpakai namun masih berkeadaan baik untuk digunakan golongan memerlukan.

“Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak di sekolah. Ibu bapa yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasih kepada mereka yang cetuskan idea macam ni. Sungguh memberi 1,000 makna.

“Kos untuk tiga ke empat orang anak nak masuk sekolah lebih RM1,000 tak lari. Kita sama-sama bantu. Di saat dunia dipenuhi dengan sang tamak, tak ada hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah,” katanya di Facebook menggunakan nama Wan Luqman.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Noor Asmidar Ahmad Kamal turut berkongsi situasi serupa di sekolah anaknya.

“Baru terjadi tadi, sukarelawan di sekolah anak. Antara bagi sumbangan beg-beg sekolah, syukur ada yang bawa pulang. Semoga berjasa kepada tuan baru,” ujarnya.

Perkongsian itu meraih pujian orang ramai yang menyifatkan usaha berkenaan sebagai salah satu cara terbaik membantu golongan yang memerlukan.

“Boleh buat di semua sekolah. Bantu ringankan beban yang kurang berkemampuan,” komen Yang Sheila.

“Bagusnya sekolah ni. Sekolah anak saya tak ada buat macam ni. Saya barang apa pun tak beli lagi. Duit bantuan sinpan untuk beli buku enam orang yang masih bersekolah,” luah pengguna yang lain.

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Ustaz Azhar Idrus Humble Beli Kelengkapan Sekolah di Jalan TAR!

Beli Kelengkapan Sekolah Anak Di Kedai Terpilih, Diskaun 30 Peratus Bermula Februari Ini!

Cuti Sekolah Bawalah Anak Berjalan, Jangan Asyik Terperap Main Gajet

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my