Kuman Di Span Mungkin Punca Kena Cirit-Birit? Alert Tamat Tempoh Penggunaannya Dan Cara Cuci

Share

Kat dapur, kalau satu tu je span yang ada kat sinki, sampai lunyai lah dikerjakan basuh itu ini. Bila dah rosak, baru tukar. Betul tak?

Itu baru sentuh pasal tukar, belum lagi tahap kena bersihkan. Ramai yang terlepas pandang span yang kita buat basuh pinggan mangkuk tu kena basuh juga tau sebenarnya! Kalau tak, bukan takat kita je, satu keluarga berkemungkinan diserang sakit!

Nak tahu bakteria apa yang selalu ada kat span kita yang tak basuh-basuh sampai ke sudah tu? Macam mana cara nak bersihkan? Meh baca perkongsian dari Public Health Malaysia di laman facebook ini.

Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.

Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?

Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

Rebus 5 minit atau,

Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,

Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Semoga bermanfaat!