Niat baiknya hanya ingin membantu bisnes rakan, namun siapa sangka dia terpaksa berhadapan dengan insiden yang menyebabkan kulitnya terbakar.
Mangsa yang dikenali sebagai Inazalina Zalina bercerita detik hitam yang berlaku ke atasnya ahad minggu lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berdepan trauma apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan melecur yang teruk gara-gara kecuaian rakannya yang nerupakan seorang pakar kecantikan sebuah spa bergerak.
Tanpa sengaja rakannya itu tertumpahkan air panas daripada alat stim muka tepat ke wajah Inazalina.
“Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je.
“Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher.
“Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air.
“Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit,” katanya lagi.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, Inazalina terus menghubungi suaminya untuk ke hospital.
Ads
“Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah hospital swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes melecur.
“Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.
“Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah.
“Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap luka saya.
“Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani pembedahan kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.
Ads
“Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat,” katanya.
“Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, doktor turut menasibatinya supaya mengelak dari terkena pancaran matahari sekurang-kurangnya sebulan.
” Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah.
“Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher,” ujarnya lagi.
Ads
Lebih menyedihkan keadaan wajahnya sedemikian membuatkan anak bongsunya enggan mendekatinya.
“Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.
“Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di hospital, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut,” katanya.
Sementara itu, Inazalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.
“Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya insiden ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Inazalina bagaimana pun terkilan dengan sikap lepas tangan kawannya itu selepas insiden tersebut.
“Dia hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dia hanya cakap sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.
“Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya. Dia hanya melawat saya di hospital selepas hari ketiga saya dibedah. ia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya.
Inazalina yang kini masih berada di hospital untuk rawatan berharap semoga semuanya dipermudahkan buatnya.
“Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masak kurma sering menjadi menu kegemaran ramai kerana rasanya yang berempah, lemak dan tidak pedas. Malah ibu-ibu juga gemar menyediakan sajian ini memandangkan ia mudah disediakan dengan menggunakan bahan rempah yang sedia ada dipasaran.
Pun begitu, menambahkan lagi rasa keenakan rasa masakan kurma ini, Syed Mohd Nazli Jamalullail melalui MAHN berkongsi tip atau petua untuk menjadikan masakan ini lebih sedap daripada biasa.
Nak tahu apa yang perlu dibuat, jom semak perkongsiam bermanfaat ini.
Petua Khas Dan Resipi Masak Kurma
1)Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar,hirisan halia,kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2)Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging,kerisik,
tomato,bawang putih/merah yang telah di blend dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3)Tutup periuk,masak dengan api kecil sehingga pecah minyak,tutup periuk itu bertujuan supaya aroma bau tak hilang dan daging akan cepat lembut. Awas! Jangan biarkan ramuan rempah tu hangit,air kena pandai agak.
4)Bila daging dah hampir lembut,masukkan kentang,tunggu sehingga lembut,
masukkan santan,biarkan sehingga menggelegak.
5)Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6)Petua khasnya ialah – Setelah semuanya selesai masak,tuangkan sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma,ini akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak viral yang digelar Aming petah berkata-kata dikenali ramai sejak memberi nasihat mengenai pemakaian mask muka untuk mengelak wabak Covid-19 dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Tawau pada awal pagi Khamis.
“Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.”-PM
Malah video berkenaan turut mendapat perhatian daripada Tan Sri Ismail Sabri semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 23 Januari lalu.
Mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming Salleh Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Saya pernah membuat hantaran di media sosial berkenaan pesanan yang baik-baik yang disampaikan oleh Allahyarham Adik Aming pada 23 Januari 2021.
Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham adik Aming. Semoga tabah menghadapi ujian ini.
Khabaran duka kematian Adik Aming tular di media sosial
Perkara itu disahkan ibunya, Santi Sabri, 33. Menurut Santi, anaknya itu tiba-tiba mengadu mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.
Katanya, sebelum ini anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti Covid-19.
“Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat.”
Kisah anak angkat Dato Sri Aliff Syukri bernama Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy atau mestra dipanggil Yom akhirnya ternoktah hari ini bila dia diserahkan kembali kepada ibu kandungnya.
Menerusi perkongsiannya di instagram semalam, isteri kesayangan Dato’ Sri Aliff Syukri memuat naik satu catatan yang cukup menyentuh hati beserta gambar bersama Yom.
“Bye bye….waktu saya post ni mungkin Yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama tak dapat hantar!!
“Mama doakan Yom jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa Yom…mama halalkan air susu mama untuk Yom……
“Mama minta maaf kekurangan mama jaga Yom dan mungkin tak sebaik ibu Yom jaga!!!
“Ada rezeki kita jumpa ya sayang!! Tak jumpa di dunia kita jumpa di syurga (kalau mama masuk syurga la! tulis Datin Sri Shahida menerusi instagaramnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu nyata turut dirasai oleh pengikut Datin Sri. Rata-rata menitipkan kata-kata semangat dan meminta Datin Sri Shahida bersabar.
azlinrahimm Allahu sebaknya…datin walaupun datin bukan ibu kandung yom tp datin ibu susuan…kedudukan ibu susuan tu sama tinggi dgn ibu kandung…datin ada hak jg ke atas yom…harap ibu yom x memutuskan hubungan antara datin dan yom punyai hak sama aja dgn anak datin yg lain…be strong te datin
amalina_widad datin dah buat yg terbaik.mesti yom susah nak biasakan dgn keadaan sekeliling..setahun lebih dgn family datin.tiba2 semua berubah,harap2 yom ok..datin sekeluarga mmg terbaik
jambrandedmurahhmalaysia Sabar ye…sy doakan semoga Allah akan gantikan yg lagi baik dan terbaik utk datin sekeluarga atas pengorbanan dan kesabaran ini. InsyaAllah Aminn
atiqahjaya Yom jadi anak yang baik ye nanti. Jangan lupa mama awak nie tauu. Setiap titik susu dia mengalir dalam badan awak tanpa dia mengira darah daging atau tak. Mama awak nie dah jaga sehabis baik sampai awak sihat macam sekarang. Allah sedihnyaaa rasa ?
applecrumble86 ??… saya sedih sgt2 bila baca post dan tgk gambar nie…
fazfir57 Klu sy sendiri pun takkan ikut pergi hantar anak tu , kerana hati ni tak kuat … anak yg dijaga dari kecil walaupun bukan darah daging sendiri takkan sanggup melihat saat anak di serahkn .
adeklah Sedihnya dgn kata2 tersebut.. laju jer air mata ni turun???
zarinaambodalle@qeena__betul..sungguhpun yang menjaga dia sekarang ibu kandungnya..tapi datin yang menjaga qayyum dr lahir…celik2 mata je nampak datuk n datin. Sekarangni..tak tau, macamanalah perasaan qayyum.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.