Kulit Muka Cantik Dan Sihat Dengan Kunyit, Rugi Kalau Wanita Bergelar Isteri Tak Cuba!

Share

Kunyit sebagai bahan utama kecantikan? Memang sedikit janggal bunyinya. Kunyit yang menjadi bahan utama ketika menggoreng memang besar manfaatnya buat tubuh kita. Tak hanya untuk masakan, kunyit yang kita guna dalam makanan ini besar manfaatnya buat kecantikan terutama kecantikan kulit.

Tapi tahu tak kunyit juga mempunyai tugas lebih daripada peranannya di dapur? Anda pasti akan suka dengan kunyit kerana ternyata banyak manfaatnya untuk kecantikan.

Kunyit menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik

yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.

Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.

Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim pengecut jerawat berasaskan kunyit. Dan secara tradisionalnya, memang ramai dah gunakan kaedah menumbuk kunyit untuk ‘ditepekkan’ ke muka bagi mengecutkan jerawat.

Kunyit juga dipercayai ada khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit seperti kanser dan Alzheimer. Siapa sangka begitu banyak kegunaannya kan?

Sejak zaman purba lagi, masyarakat India dikatakan sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium

yang sangat rendah.

Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.

Sapu Pada Wajah
Serbuk kunyit boleh digunakan dan dicampur sedikit air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.

Dalaman Tubuh
Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air kosong, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.

Kredit Foto: kilangkecantikan.blogspot.com

Skrub Kunyit
Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.