Berita baik buat penggemar-penggemar durian! Jika buah yang menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi jika rasanya yang sedap, lemak dan manis. Apa kata lepas ni, kulit durian tu jangan dibuang. Boleh dibuat masak makan!
Menerusi satu video tular di facebook, seorang wanita warga Thailand dilihat sedang enak menjamah kulit durian.
Juga video itu memaparkan cara memasak kulit durian berkenaan. Kulit durian itu dipotong durinya. Kemudian di masak. Cara masakan seakan pengat pisang.
Direbus kemudian ditambah dengan gula sebagai pemanis. Akhirnya kelihatan dicampur dengan santan.
Nak tahu lanjut ikuti video ini. Lepas ni boleh lah kulit durian buat masak!
Walaupun bergelar isteri kepada selebriti popular, namun baik suami mahupun isterinya tidak pernah membangga diri jauh sekali bersikap sombong.
Bahkan, si isteri masih lagi menjual sate di pasar malam bersama adiknya tanpa rasa malu atau segan.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelawak terkenal, Achey Bocey di laman instagramnya. Di dalam perkongsian tersebut, Achey memberitahu isterinya berniaga sate di pasar malam dengan dibantu oleh adik iparnya.
“Ni @anne_acheyisteri saya dan adiknya.. .. P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis,” tulis Achey ringkas.
Biarpun ringkas namun catatan dan gambar yang dikongsikan itu mendapat respond dari netizen.
Ternyata pasangan suami isteri ini cukup bersederhana membuatkan ramai yang memuji dan mengatakan pasangan ini tidak terbawa-bawa dalam dunia glamor yang dikecapi.
mi.kayla321 Rare betol kak Anne tabikk spring laaa walaupun isteri Artis popular tp still xmalu niaga kt psar mlm .sy doakan hampa hidup bahagia ke ank cucu dn dimurahkan rezeki selalu …
bnurulhusna isteri selebriti.. da senang tp masih tak lupa membantu keluarga.
Setiap kali menjelangnya Ramadan, kita secara sendirinya akan terlintas difikiran untuk membeli stok buah kurma yang mencukupi untuk keluarga nikmati setiap hari ketika berbuka puasa. Memandangkan buah ini sangat dianjurkan untuk dimakan saat berbuka puasa kerana mengikut sunnah nabi dan tidak dinafikan juga kurma banyak khasiatnya yang bagus untuk tubuh badan.
Secara amnya, buah kurma mempunyai banyak jenis dan antara banyak-banyak jenis buah kurma tersebut, kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa. Ini kerana kurma Ajwa mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad SAW.
Pun begitu, andai ditanya apa bezanya Kurma Ajwa Madinan dan Kurma Ajwa Tanah Haram Madinah, mungkin ramai antara kita tidak mengetahuinya. Mengulas lanjut tentang perbezaan kedua-duanya, ayuh kita fahami penjelasan yang diberikan oleh Saleem Wahab di page FB Memori Terindah Tanah Suci untuk pemahaman bersama.
JAWAPAN : APA BEZA ‘KURMA AJWA MADINAH’ dan ‘KURMA AJWA TANAH HARAM MADINAH’?
95 % tidak tahu jawapanya. Tahukah anda ajwa sendiri ada beberapa peringkat. Saya kategorikan kepada 4 tingkat yang berbeza.
No 1.
Kurma Ajwa Al-Aliyah. Nama Aliyah ini disebut secara khusus dalam hadis. Ia ditanam di kebun kawasan tinggi dalam tanah haram Madinah.
Kebun yang wujud sejak zaman baginda nabi sehingga hari ini. Kuantiti pokok yang masih ada semakin sedikit kerana pembangunan dan rosak. Kira-kira tak sampai 100 pokok yang tersisa.
Harganya mahal. Sesuai dengan kualiti buahnya yang besar dan berisi tebal. Juga stok yang sangat terhad.
No 2.
Kurma ini ditanam di dalam sempadan kawasan tanah haram. Antaranya Quba’ dan beberapa tempat yang lain.
Istimewanya kurma yang ditanam di tanah haram adalah kerana doanya baginda nabi dalam hadis yang sohih. Baginda mendoakan keberkatan terhadap apa sahaja yang tumbuh daripada tanah haram madinah termasuk ajwa dan kurma-kurma lain.
Harganya juga tinggi. Tetapi lebih murah berbanding ajwa Aliyah. Stoknya juga terhad kerana kawasan tanah haram yang tidak terlalu luas.
Nota* Hanya 2 kategori ini yang disebutkan mampu menjadi Syifa’ atau penyembuh kepada SIHIR dan RACUN dalam hadis yang sohih. Ini kerana keberkahan yang ada pada tanaman yang di doakan baginda.
No 3.
Ajwa madinah. Ini yang paling banyak dijual di seluruh ladang dan kedai-kedai. Buahnya bersaiz sederhana dan lebih murah. Kebunnya diluar kawasan tanah haram. Ia jauh disekitar kawasan bukit magnet dan sekeliling madinah.
Ulama berbeza samada ia mempunyai khasiat penyembuh seperti dalam hadis atau tidak. Pendapat yang kuat adalah tiada khasiat pada penyembuhan sihir dan racun. Tetapi khasiat kandungan gizi pada zat kurma itu ada.
Wallahualam.
No 4.
Kurma ajwa ini biasanya dijual di masjid quba. Harganya murah. Sekilo sekitar 20 rial. Bahkan lebih murah. Buahnya kecil dan keras.
Jemaah berebut membeli kerana harganya. Tetapi tiada khasiat penyembuhan racun dan sihir. Kurang juga khasiat gizi kerana sudah lama dan tidak elok. Kata arab, beri kat unta pun dia tak nak makan.
Mengalami kulit wajah bermasalah membuatkan sedikit sebanyak keyakinan diri merudum, begitu juga dengan Nana Mahazan yang menghadapi masalah kulit wajah. Bagaimanapun dia beruntung kerana suaminya, Mohammad Raqeem Brian ini masih sentiasa memberi nasihat dan tip agar tidak berasa sedih.
Kulit wajah teruk breakout
Bekas pelajar rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama ini mengambil masa setahun lebih untuk bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami penyokong & terima kekurangan diri
“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dia penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” ujar Nana membuka cerita.
Tertutup pintu rezeki pasti ada punca lain
Bertitik tolak daripada itu, dia mendapat idea memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka,” ungkap Nana yang kini memiliki produk jenama sendiri yang diberi nama Mahazan Beauty.
Dia dalam pada itu percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya.
“Saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan kini,” jelas ibu kepada sepasang cahaya mata yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak tahun lalu.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...