Naluri keibuan pasti tersentuh melihat penderitaan si kecil ini. Apa tidaknya, dalam usia yang baru menjangkau 5 bulan, si kecil bernama Afiya mengalami masalah kulit yang serius. Menurut doktor, Afiya disahkan mengalami ekzema sejak usianya 2 bulan lagi.
Penderitaan baby Afiya rupa-rupanya turut mendapat simpati dari Datin Paduka Eina Azman. Beberapa bulan yang lalu, Eina Azman pernah membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit ekzema bertemu dengan pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Terbaru, pelakon ini sekali lagi bermurah hati menghulurkan bantuan buat seorang bayi perempuan bernama Afiya yang mengalami masalah kulit sejak berusia dua bulan.
Menurut Eina Azman, semuanya bermula selepas ibu saudara kepada Afiya menghubunginya melalui instagram.
Salam semua… today eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan. Baby afiya kena Eczema since umur 2 bulan. So adik kpd kak yani yang dm eina bertanya mengenai budak2 yang eina pernah tlg sblm ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang eina bawa sblm ni.
Atas keprihatinan Eina Azman membawa Afiya bertemu pakar dari klinik yang sama sebelum ini.
Dan dia ada hantar gmbr baby afiya. Terus eina ckp nk tlg sbb tgk keadaan baby afiya kulit dia yang dah mengelupas dan pedih2 berdarah. Sure pedih tu 😢😢 so Alhamdullilah today all the way from kluang johor family kak yani dtg bawa baby afiya utk mencuba rawatan di clinic pakar yang eina sering bawa budak2 yang ada sakit kulit.
Hopefully kulit baby afiya akan cepat sembuh🙏🏻🙏🏻🙏🏻 so for those yang nak membantu or menghulur kan apa2 utk baby afiya boleh transfer ke account 0310529000248278
BSN NURUL ELYANI 😊
Perkongsian Eina Azman mendapat pujian dari netizen, rata-rata berterima kasih atas keprihatinan ibu kepada sepasang cahaya mata ni.
Sumber: IG eina_azman