Kulit Cantik & Badan Sihat Bila Minum Air Rebusan Herba Biji Goji. 2 Wanita Ni Kongsikan Untuk Lebih Ramai Tahu!

Share

Biji goji merupakan herba tradisonal yang banyak dijual dalam bentuk kering. Warnanya merah dan bersaiz kecil namun punya khasiat yang hebat. Bahkan dikatankan biji goji ini telah lama diamalkan di negara China, kira-kira 5000 tahun yang lampau. Oleh itu rugi kiranya jika tidak diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan kita.

Keberkesanan mengamalkan herba goji ini turut dikongsikan oleh Afiqah Koh dan Zarina Arshad untuk info bersama. Jom semak.


Nak mata terang. Kulit cantik dan sihat tubuh badan. Minum air rebusan..

Bahan-bahan: 
Kurma cina (3 biji)

Longan kering (5 biji)

Biji goji (7 biji)

Cara penyediaan:
Sukatan air 2 cawan air direbus sehingga tinggal 1 cawan.
Minum bila suam dan makan sekali dengan bahan rebusan tadi.

sumber : Zarina Arshad via Mahn

Manakala menurut Afiqah, perkongsian pengalaman ayahnya yang telah mengamalkan biji goji dikatakan sebagai penyembuh no.1 untuk sakit lutut.

Cara penyediaan:

Amalkan 7 biji sehari beserta madu dan air zam zam InsyaAllah pulih tanpa apa-apa ubat or suntikan. Sebab khasiat dia untuk orang tua tua, untuk ganti balik banyak zat dan vitamin yang hilang dari badan.

Ayah Iqa amalkan… Sebelum ini selalu kalau bawak kereta mesti pegang lutut, gosok – gosok lutut, sekarang sudah pulih dari sakit lutut.

P/s Baik untuk mata juga So sapa-sapa yang rabun kuat tu bolela try.

Sumber : Afiqah Koh Via Mahn