Siapa yang suka berkebun, bercucuk tanam pastinya sentiasa mencari ilmu baru dan pelbagai petua untuk memastikan pokok subur dan mengelak serangga.
Maklumlah, setiap hari sepenuh jiwa membelek pokok, menyiram dan sebagainya dengan harapan pokok membesar dan mendatangkan hasil. Namun tidak semua baja sesuai dan menjadi. Tapi tak salah mencuba. Malah ada yang menjadikan kulit buah sebagai baja organik.
Sebagaimana perkongsian saudara Norahim Ibrahim menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Beliau seorang pensyarah kanan,juga penyelidik di dalam bidang pertanian organik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini beliau giat menjalankan projek dan program-program berkaitan pelestarian alam sekitar melalui kitar semula sisa organik.
Menariknya, beliau menjadikan kulit buah-buahan sebagai baja. Ia dikitar semula menjadi baja cecair. Apa kata cuba panduan yang beliau berikan. Mana tahu nasihat pakar menjadi, pokok pun subur!
Cara mengitar semula kulit buah dan cara membuat baja cecair.
Ramai yang tidak tahu bahawa buah-buahan mengandungi nutrien penting bagi perkembangan tumbesaran tanaman. Memandangkan sekarang musim buah, kita boleh memanfaatkannya bagi yang berminat dengan pembuatan baja organik. Contoh paling mudah adalah buah rambutan.
Rambutan mengandungi unsur Potassium (K) yang tinggi. Begitu juga dengan buah-buahan tropika lainnya. Jadi bagi mengelakkan pembaziran sumber, kita boleh membuat baja peram (MOL) dari kulit buah-buahan dan buah2 yang busuk dengan mencampurkannya dengan gula merah. Kemudian tutup rapat.
Formula sukatan baja kulit buah
Formula: 1kg buah / kulit buah +1 kg gula merah + sedikit air (ikut suka). Peram selama 2~4minggu. Tapis patinya. Kulit2 buah tu pula letakkan di sekeliling tanaman. Cara guna: 20ml pati + 1L air (siram)
Ads
Jenis kulit buah yang sesuai
Saya selalu gunakan kulit pisang, jambu air, belimbing buluh, dan apa-apa saje buah yang ada. Boleh juga campurkan sekali sisa sayur seperti batang, akar dan daunnya seperti kangkung, bayam, lobak dsbnya. Boleh juga campurkan sedikit yis dan minuman berkultur seperti yakult untuk mendapatkan kualiti baja yang lebih baik.
Baja ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, terutama tanaman berbunga dan berbuah. Berkenaan isu bau ni bagi saya sangat subjektif. Baunya masam-masam manis buah saje. Terpulang kepada kesesuaian tempat tinggal dan persekitaran masing-masing. Ini salah satu kaedah kitar semula yang boleh dipraktikkan oleh kita semua. Cubalah.
Tidak dinafikan apabila sesuatu dokumen itu disimpan terlalu lama, ada yang ingin memastikan dokumen itu kekal selamat dan tidak koyak akan meletakkan dalam sebuah fail.
Malah, ada juga pergi ke kedai ‘frame’ kan atau laminate dokumen supaya lebih kemas.
Namun hakikatnya, ramai yang tak tahu bahawa cara laminate adalah cara yang salah yang mengakibatkan geran itu tidak sah.
Sebagaimana perkongsian ini.
_______________________________________
Jangan Laminate geran korang. Pejabat tanah akan declare geran tu rosak.
Baru terkena. Target kes settle 2 bulan, jadi 9 bulan sebab kena buat geran baru.
Laminate sebab taknak bagi geran rosak. Pejabat tanah pula kata kalau laminate, geran diisytihar rosak.
Info ni dimaklumkan oleh Urban Hartanah, war-warkan kepada makcik, pakcik, mak, ayah sebab selalu mereka buat.
Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.
Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.
Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.
Take note semua. Jangan anggap ia perkara yang mudah.
Sumber: Niaga Kini dan Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor
Satu kisah yang cukup menyentuh hati, wabak Conavirus mengganas sehingga kini tanpa mengenal erti kasihan. Seramai 20 pesakit disahkan meninggal dunia semalam. Manakala kes meningkat walaupun kadar pertambahannya berkurangan daripada sebelum ini.
Dalam satu perkongsian oleh saudari Hana Hadzrami memuat naik satu kisah yang cukup meruntun jiwa. Kisah seorang suami yang dalam keadaan genting antara hidup dan mati, namun masih lagi mengambil berat akan hal isterinya.
Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.
“Which patient?” “Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?” “Please don’t tell me that one!”
Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu.
Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk call anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.
Gambar sekadar hiasan
Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah; jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital.
Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya.
Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up.
Penuh lelah dia berpesan; antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah.
Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan.
Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri.
Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata.
Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu.
Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan.
Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan?
. .
Hana Hadzrami Semua pesakit yang kami jaga ada tempat istimewa dihati kami
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak pandemik ini ramai yang tidak ke mana-mana duduk di rumah saja. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.
Salah satu aktiviti popular yang dilakukan adalah bermain permainan telefon atau game yang pastinya menghiburkan.
Namun tanpa kita sedar jika bermain dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kecederaan kepada pergelangan tangan.
Nak tahu bagaimana ia terjadi Dr Zubaidi Hj Ahmad ada penjelasan mengenai hal ini.
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebangkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit. Semoga menjawab soalan yang diberikan.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.