Kesibukan mengurus keluarga jangan pula menyebabkan kulit wajah kita hilang serinya dan lebih parah lagi menyebabkan timbulnya jerwat, bintik-bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Bimbang semua ini terjadi, disarankan kepada ibu-ibu walau sesibuk mana sekali pun, penjagaan kecantikan jangan diabaikan. Inilah esen kita sebagai wanita yang perlu dijaga.
Untuk itu, apa kata kita amalkan beberapa petua orang lama dalam memastikan wajah terjaga dan nampak berseri-seri mengikut jenis dan masalah kulit yang berbeza-beza. Jom semak.
Kulit Berminyak
Jika kulit anda daripada jenis berminyak, biasanya masalah yang sering dihadapi adalah kulit mudah berjerawat. Oleh itu, jika ingin dirawat dengan cara alami, ambil daun sirih dan daun jambu. Kemudian diramas di dalam semangkuk air. Sapukan air itu kepada kulit wajah dan biarkan sehingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Lap lembut wajah dengan tuala. Sebaiknya amalkan selalu untuk melihat kesannya.
Ads
Menyegarkan Kulit Wajah
Jika wajah terlihat kusam, ambil teh dan rendam semalaman. Kemudian air tersebut dibuat sebagai air basuhan muka. Cara ini secara tidak langsung akan menjadikan kulit wajah nampak berseri-seri.
Caranya mudah sahaja. Sebelum cuci wajah dengan sabun, basuhkan dengan air lebihan teh tersebut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan setiap pagi.
Ads
Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam
Jika ternampak kulit wajah sudah ada bintik-bintik hitam jangan dibiarkan, segera lakukan amalan ini iaitu dengan merendam daun mambu, beras dan kunyit hidup. Kemudian ditumbuk halus dan disapukan pda wajah. Lakukan rawatan ini dua kali sehari sehingga kulit kelihatan licin dan sihat.
Daun mambu juga diketahui sangat bagus untuk membantu menghilangkan bintik hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati. Ia juga baik untuk merawat penyakit campak dan kudis kering.
Ads
Licinkan Kulit Wajah
Kekalkan kulit bersih serta licin dengan menggunakan beras. Fungsi beras ini sama seperti scrub untuk melicinkan wajah. Caranya mudah, dengan membasuh beras dan direndam selama beberapa jam, kemudian dikisar bersama kunyit hidup. Sapukan campuran beras dengan kunyit pada seluruh wajah dengan lembut.
Hilangkan Kotoran Pada Kulit Wajah
Perahkan limau dan ditapis jusnya kemudian sapu pada keseluruhan wajah boleh bertindak sebagai penyegar dan sekali gus menghilangkan kotoran jauh ke dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Dengan hanya menggunakan bahan terpaksai, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Bila lihat anak bujang atau anak dara kita semakin dewasa tentunya tidak lama lagi pasti akan tiba masanya untuk mereka pula berkahwin. Dan ketika itu, wang hantaran yang perlu diadakan pastinya banyak jumlahnya.
Namun alangkah ruginya kiranya wang tersebut habis begitu sahaja semata-mata untuk menampong kos majlis gilang gemilang. Jadi apa kata kita ubah corak penggunaan wang hantaran tersebut dengan cara yang lebih memberi manfaat untuk anak-anak kita agar dapat memulakan hidup sebagai suami isteri menjadi lebih terancang dan selesa.
Bagaimana caranya itu, hadam betul-betul perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini, moga bermanfaat.
#TabungKahwin
1. Kita ada satu budaya kahwin, habiskan duit hantaran yang diterima. Ia tiada dalam amalan agama sebenarnya.
2. Duit kenduri harusnya dari ibubapa pengantin sendiri, kenduri atas rasa syukur anak kita bakal dilamar dan jadi raja sehari.
“Ada sikit buat sikit, ada banyak buat banyak. Ikut kemampuan kita”.
3. Selepas kahwin kehidupan lebih mencabar. Jadilah ibu bijak seperti Puan Linda Rahman ini. Ketika orang mintak duit dari kita, kita sediakan panduan atau syarat nak buat apa.
Kita juga ada hak kerana ia duit kita. Jangan nak habiskan begitu saja.
4. Runding secara baik dan bijaksana, santuni rombongan meminang kita dan nyatakan apa yang kita akan buat dengan duit itu.
“Jika dapat duit itu, dijadikan deposit rumah pertama buat mereka. Mereka juga dapat rumah lepas kahwin nanti.”.
“Hantaran ini kami beri dalam bentuk dinar emas, agar lebih terjaga nilainya”.
“Anak saya dah beli rumah, cadangnya nak dijadikan hantaran nanti rumah ini.”.
” Kenduri nie kita buat kecil sahaja, lebih duit nanti untuk mereka mula hidup nantinya”.
“Barang hantaran kita beli mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi sebab semua tu nak guna nanti”.
5. Jadi ibubapa yang bijak urus perkahwinan anak kita.
Kahwin itu sekali, biarlah kekal abadi. Bukan meriah, tetapi merempat susah.
Pernikahan tidak saja berisi pelukan tapi juga perkelahian, jika tiada wang.
Tidak dinafikan jus segar pelbagai campuran buahan-buahan dan sayur-sayuran memberi banyak manfaat untuk kesihatan dan awet muda. Bahkan untuk kekal awet muda, kebanyakan petua menyarankan mulai pada usia memasuki 30an. Ia membantu sebagai anti penuaan.
Siapa yang tak nak sihat dan muda sentiasa. Pastinya perkongsian sebegini begitu manfaat untuk diri sendiri dan keluarga.
Memang tidak nafikan buah-buahan dan sayur-sayuran ni memang banyak manfaatnya. Cuma bagi mereka yang sibuk pastinya, akan culas untuk makan makanan yang sihat.
Yang pasti, campuran buahan-buahan dan syuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya. Mudah aje. Kisar dan minum. Malah ada petua mengatakan, jika nak dapat lebih khasiat, minum segera dalam tempoh 2 minit. Apa yang pasti, minuman ini lebih terjamin bersih, segera dan selamat, apabila kita sendiri yang membuatnya. Jom cuba buat!
Amalkan minuman ini. Seminggu sekali sudah memadai untuk kesihatan diri. Minuman ini adalah untuk kurus, kulit cantik, mata cantik, kulit mulus dan halus, toksin keluar, darah lancar, berak lawas, penjagaan usus, tenaga zahir dan batin.
Untuk kurus
Untuk kulit cantik
Untuk buang toksin
Untuk darah lancar
Untuk tenaga
Untuk buang angin
Merawat kulit menggelupas dan untuk rambut cantik
Untuk mata cantik
Untuk hilangkan eyebag
Untuk rawat kulit lebih awet muda
Untuk wajah berseri
Untuk bantu hilangkan darah tinggi
Untuk kulit tegang
Untuk bibir cantik
Untuk kulit cerah
Untuk rawat dalaman *Daun belalai gajah ye bukan cili api hehee
Untuk awet muda
Untuk segar seharian
Wow bestkan manfaat ni. Kisar dan minum je. Lepas ni pastikan semua bahan-bahan ni ada dalam peti ais di rumah ye. Selamat mencuba!
Sumber: Viral Oh Viral
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...