Rupanya Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas!
Tidak dinafikan di Hari Raya ini tak henti-henti kita memasak untuk menyediakan menu istimewa bagi melayan selera adik beradik dan seisi keluarga yang berkumpul di kampung.
Apatah lagi bila sanak saudara berkunjung, tentu macam-macam hidangan akan disediakan. Antaranya mungkin ada yang merancang untuk sediakan hidangan nasi lemak yang istimewa. Maklumlah terasa lama juga kita semua tidak menjamah nasi lemak!
Jadi tahukah anda sebenarnya untuk memasak nasi lemak ada teknik untuk pastikan nasi dimasak sempurna malah ada juga cara untuk nasi dimasak dengan lebih cepat dan sekali gus boleh menjimatkan penggunaan gas. Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Rossita Omar.
“Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu. Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
“In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama,” ujarnya berkongsi tips dan cara di salah satu group masakan di FB.
Sukatan air
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi putih. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi putih santan tu tukar dengan air pula.
Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.
Langkah 1:Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
Langkah 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.
Ads
Langkah 3: Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.
Langkah 4 :Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak boleh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.
Gandum adalah antara barang keperluan asas yang selalu kita beli apabila ke pasar setiap minggu.
Bukan sahaja nasi, makananan berasaskan gandum menjadi pilihan kita setiap hari. Ia termasuk roti dengan sapuan jem, roti canai, kek dan sebagainya.
Namun tahukah anda bahawa amalan makan gandum ini tidak sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Bagi nak tahu, bahaya makanan ini yang memberi kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang, Dr Hafiz Sulaiman kongsikan panduan agar kita ‘kembali’ kepada makanan nasi.
UBAH AMALAN MAKAN GANDUM..KEMBALILAH MAKAN NASI.
Kenapa?
Gandum tinggi kandungan protein gluten yang berisiko menyebabkan leaky gut dikaitkan dengan: 1) Alergi. 2) Masalah angin dan kerosakan pencernaan. 3) Gangguan mental. 4) Kepenatan kronik. 5) Penyakit gangguan imun termasuk autoimun. 6) Penyakit gangguan hormon 7) Berlebihan berat badan.
Penyakit biasa ni makin berleluasa
Nak tunggu barat FDA kata bahaya gandum kena spray glyphosate tu? Ini umpama tunggu penjual produk kata produk dia mungkin beracun jika ambil jangka masa panjang. Bukan kata gandum ni racun, tapi kemungkinan mudarat itu banyak
Sudah tentu kuantiti memainkan peranan. Tapi genetik orang kita sudah tentu serasi makan nasi. Penyakit di atas makin membarah. Masyarakat kita pulak makin ketagihan makanan bergandum. Buktinya roti canai dan roti bantal makanan utama sewaktu PKP. Nak sihat, Nak kurus, Nak cerdas mental, Nak awet muda. . Stop sebulan dua je makanan gandum dah boleh nampak perubahan ketara insha Allah. Ni pemerhatian saya dah 10tahun bukan sahaja hadkan gandum dalam keluarga, tetapi juga pesakit dan klien. . Makan nasi. Tak jimat. Tak cepat. Tapi lebih selamat. Kurang mudarat. Lebih sihat. Badan jadi kuat. Rasa hebat
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti ais.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengambilan oat untuk diet adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Malah sering juga dijadikan menu sarapan yang cukup berkhasiat dan menyelerakan untuk seisi keluarga.
Memberi variasi pada menu oat yang dihidang, apa kata hari ini anda sediakan menu bubur rolled oat organik telur asin yang dikongsikan oleh Atikah Rahman. Nampak begitu menyelerakan dan bolehlah dicuba.
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak-anak. Selain merangka percutian bersama anak, ada baiknya kita pastikan anak-anak dalam keadaan baik dan sihat.