Tidak dinafikan idea memasak kita kadang-kadang memang luar biasa, tujuannya agar dapat memudahkan cara memasak sesuatu menu.
Namun sedar atau tidak, tindakan tersebut dibimbangi merbahaya pula pada kesihatan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Seperti Ramadan beberapa tahun kebelakangan ini, Ramadan kali ini pun tular cara memasak lemang menggunakan cawan atau bekas tin, dan dikukus atas dapur gas atau periuk tekanan. Setiap tahun juga akan berlaku polemik sama ada selamat atau tidak gunakan tin minuman untuk mengukus lemang.
Jawapan ringkasnya: MUNGKIN berbahaya.
Ads
Aluminium ni adalah sejenis logam reaktif, maksudnya ia mudah cenderung untuk bertindak balas dengan bahan lain, terutamanya bila didedahkan kepada haba yang tinggi, atau medium berasid serta berakali.
Oleh itu, jika kita masak menggunakan tin minuman yang biasanya diperbuat daripada aluminium, pada suhu tinggi dan untuk makanan yang berasid dan berakali, maka akan berlaku tindak balas, iaitu aluminium boleh larut-resap(leach) dari permukaan tin, dan mencemar makanan atau minuman.
Seperti kita tahu, pengambilan(ingestion) aluminium pada kadar yang tinggi, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang menjejaskan kepadatan tulang, serta sistem saraf dan otak. Oleh itu tak digalakkan menggunakan tin aluminium untuk masakan.
Habis tu, macam mana dengan periuk dan kerajang(foil) aluminium?
Ads
Periuk aluminium, biasanya permukaannya mempunyai lapisan aluminium teranod(anodized). Ia adalah proses elektrokimia yang menyebabkan aluminium bergabung dengan oksigen membentuk aluminium oksida (Al₂O₃). Lapisan ini stabil dan kurang bertindak balas, jadi ia tidak mudah larut-resap.
Kerajang aluminium, tiada lapisan aluminium oksida, jadi tidak digalakkan makanan dimasak bersentuh dengan kerajang ini, terutamanya makanan berasid dan berkuah. Jika nak bakar makanan dalam kerajang aluminium, digalakkan dilapis dengan kertas minyak atau daun pisang.
Periuk pengukus biasanya diperbuat daripada aluminium, namun jarang makanan bersentuh dengan pengukus. Lazimnya makanan diletak atas pelapik kertas atau di dalam pinggan. Tambahan pula, mendidihkan air dalam pengukus aluminium berulang kali, akan sedikit demi sedikit menghaslkan lapisan aluminium oksida.
Tin minuman, bahagian dalamnya ada lapisan bahan yang disadur untuk mengurangkan larutresap aluminum, namun mungkin tidak dibuat untuk didedahkan pada susu yang amat tinggi. Maka, jika didedahkan tin pada suhu tinggi, ada risiko berlaku larutresap, namun tidak dapat dipastikan kadarnya pada tahap bahaya atau tidak.
Ads
Oleh itu, memasak dalam tin minuman mempunyai risiko bahayakan kesihatan. Risiko tau, bukan 100% pasti membahayakan kesihatan, sebab itu jawapan ringkasnya tadi adalah “mungkin” berbahaya. Namun, jika sesuatu risiko itu boleh dielakkan, maka elakkanlah. Ada alternatif lain boleh digunakan.
Jika nak buat lemang kukus, gunakan gelas kaca tahan haba atau seramik. Sama ada cawan kertas selamat atau tidak, itu pun tak pasti, bergantung pada apa yang digunakan untuk sadur permukaan dalam kertas supaya cawan itu tidak telap air.
Begitulah dapatan terkini berkenaan penggunaan aluminium untuk masakan, ia mungkin berubah di masa akan datang setelah perkara ini dikaji dengan lebih lanjut. Buat masa ini, tidak digalakkan mengukus atau bakar lemang dalam tin.
Bentuk dan warna seakan-akan sama dengan daun sup dan ketumbar sering menyebabkan ramai terkeliru. Tetapi sebenarnya ketiganya berbeza. Pokok Pasli (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwi tahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah. Tdak sekadar digunakan dalam makanan, daun Pasli mempunyai banyak khasiat lain.
Daun pasli kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
Selain itu, Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
Terbaru! Seorang wanita di Bosnia telah membuktikan manfaat lain daun pasli ini, iaitu mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Wanita tersebut minum ramuan daun Pasli selama dua hari. Tanpa disangka-sangka, minuman daun pasli ini membantu menurunkan berat badannya sebanyak lima kg, dari 75 kg menjadi 70 kg, hanya dalam dua hari saja!
Caranya cukup mudah:
1. Hancurkan daun Pasli lalu
2. Masukan ke dalam 1 liter air.
3.Rebus air yang sudah di campur tersebut sampai mendidih.
4.Setelah itu, biarkan selama 20 minit lalu boleh diminum untuk satu hari saja.
Bagaimana daun Pasli ini dapat menurunkan berat badan dengan cepat? Campuran minuman ini dikatakan dapat membantu membersihkan air berlebihan keluar dari tubuh. Dengan begitu, air yang keluar akan membawa racun, bakteria, kotoran yang ada di dalam tubuh.
Untuk anda yang ingin kurus, gunakan ramuan daun ajaib ini, daripada anda berhabis duit membeli berbagai-bagai jenis produk kurus yang belum tentu berkesan dan baik untuk kesihatan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Migrain memang menyakitkan. Tanpa sebab yang khusus migrain selalunya menyerang tanpa dijangka. Adakalanya migrain disebabkan cuaca yang terlampau panas, juga alah pada cuaca sejuk, tidak kurang juga terlambat makan.
Boleh dikatakan bila migrain menyerang, semua kerja tak mampu dibuat dengan sempurna. Bukan hanya sakit kepala, ada sesetengah kes migrain yang tidak mampu bernafas dengan baik dan rasa loya hendak muntah. Tak mampu tahan lagi!
Jika bukan migrain, sakit kepala juga begitu. Sesetengah kes menyerang sebahagian kepada sahaja dan ini sangat mengganggu tugasan dan kerja seharian. Kes-kes migrain biasanya alah kepada cuaca panas dan sesetengahnya alah pada cuaca yang terlalu sejuk.
Perkongsian saudari Hanisah Noordin di facebook ini patut kita amalkan. Mana tahu petua yang dikongsikannya serasi dan menjadi untuk tubuh kita. Katanya, dia dan suaminya memang tidak lagi mengambil sebarang ubat-ubatan seperti panadol dan ubat tahan sakit sejak mengamalkan petua ini. Jadi kita kenalah cuba kerana inilah yang terbaik.
Guna tiga bahan ini sahaja.
BAHAN-BAHAN:
Air suam
Cuka apple organik
Madu asli
1. Campurkan cuka epal bersama 1 sudu madu ke dalam air suam.
2. Pastikan guna sudu plastik, menggunakan sudu besi tak sesuai untuk madu kerana menghilangkan khasiat dan zat madu.
3. Baca selawat 3 kali dan terus minum.
4. Boleh juga minum segelas air masak untuk menghilangkan rasa masam di tekak.
5. Terus sahaja tidur dan rehatkan diri.
6. Selepas bangun insyaallah sakit akan hilang dan pulih.
Penyebab Migrain
Sebagai tambahan info, migrain biasanya terjadi disebabkan oleh banyak perkara. Antara punca migrain yang boleh dikenal pasti adalah disebabkan oleh keletihan yang teramat sangat, stress, dihidrasi atau kurang air, terlambat makan, makan berlebihan, cuaca juga ada yang mengaitkannya dengan genetik.
Pun begitu, makanan seperti keju, kopi, coklat dan alkohol sangat memainkan peranan sebagai punca sakit kepala. Hati-hati!
9 Cara Lain Ubati Migrain
1. Tidur – Tidur dan rehatkan diri sehingga kepala makin reda.
2. Jauhi cahaya – Jauhkan daripada cahaya, sebaiknya tidur dalam gelap.
3. Minum air kosong –berkemungkinan tubuh anda kekurangan air.
4. Segelas air panas – Minum segelas air panas, sebaiknya dapatkan teh halia panas untuk rasa lebih baik.
5. Rendam kaki– Rendam kaki dalam air yang sejuk atau ais juga satu terapi yang baik untuk sakit kepala.
6. Makanan kaya magnesium– Makanan kaya magnesium mampu buat urat saraf menjadi lebih relaks dan tenang.
7. Jaga kondisi gula darah agar stabil – Gula darah yang rendah mengakibatkan rasa sakit kepala dan migrain.
8. Gosok minyak – Minyak tambahan seperti minyak angin atau mint buat kepala rasa lebih tenang dan relaks.
9. Jangan stress – Kena bijak kawal stress
Kredit : Hanisah Noordin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.
Bersihkan span:
?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit. ?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit. ?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.
sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.