Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April 2025 secara berperingkat.
Perkara ini, yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Februari melalui surat pekeliling ikhtisas (SPI), akan dikuatkuasakan mulai 21 April nanti.
Menurut kenyataan tersebut, kementerian memainkan peranan utama dalam menanam semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan murid dan pendidik.
Ads
Lencana Jalur Gemilang hendaklah disemat pada bahagian kanan baju seragam, melibatkan pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi, serta Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
Sebagai negara yang berbilang bangsa, penggunaan lencana ini mengingatkan murid tentang kepentingan memupuk perpaduan yang dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.
Ads
“Lencana ini bukan hanya sekadar hiasan, tetapi simbol penting yang perlu dihormati,” katanya.
Ads
Katanya, lencana Jalur Gemilang harus dipakai dengan kemas, bersih, dan tidak rosak.
“Lencana Jalur Gemilang yang telah pudar atau rosak perlu diganti dengan lencana yang baharu. Hal ini bagi memastikan lencana Jalur Gemilang dipertahankan dalam keadaan baik.”
Sumber Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenakan baju Melayu berwarna kelabu menegaskan bahawa kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Untuk makluman, Belanjawan ini juga adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sebelum ini, Anwar membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion.
Pada Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ pula memperuntukkan RM303. 8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Surah Al A’la, Mak Ayah baca, tiup supaya anak senang ingat jawapan soalan peperiksaan. Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan tempoh yang penuh debaran bagi para pelajar tingkatan lima di seluruh negara. Ia bukan sahaja menjadi ujian akhir persekolahan, tetapi juga penentu kepada hala tuju masa depan mereka.
Surah Al A’la, Mak Ayah Baca
Keputusan SPM sering dilihat sebagai “tiket emas” untuk melangkah ke alam pengajian tinggi, vokasional, atau bidang pekerjaan. Oleh itu, persediaan yang rapi dan strategi pembelajaran yang berkesan amatlah penting.
Tiup Supaya Anak Senang Ingat Jawapan Soalan Peperiksaan
Peranan ibu bapa juga penting sepanjang musim peperiksaan ini. Sokongan moral, doa, dan galakan mampu memberikan semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha. Elakkan memberi tekanan yang berlebihan kerana ia boleh mempengaruhi prestasi pelajar.
Berikut perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh III ini. Untuk bagi kuatkan daya ingatan anak-anak serap ilmu yang dipelajari selama ini. Bolehlah anak-anak mahupun mak ayah mulakan dari sekarang ya.
Amalan Elak Lupa Apa Jua Ilmu Yang Dihafal Masa Belajar
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 2) Ambil segelas air kosong. 3) Baca Surah Al A’la ini. 4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan di pagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Mak Ayah Pun Boleh Buat, Baca, Tiup Dan Doakan
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa reda Allah taala.
Silalah share ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Masih ingat lagi tak kepada Abang Viva atau Azwan Omar sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang pernah tular membantu mangsa banjir secara solo hanya berbekalkan RM50! Wira banjir ini juga bertemu jodoh dengan pilihan hatinya tahun 2022 lalu.
Namun jodoh tidak panjang, Abang Viva’ kembali solo setelah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria pada 13 Mac lalu.
Peguam Syarie, Datuk Mohd Adli Ithnin yang mewakili Evanoza, 42, atau dikenali Eva berkata, pasangan itu berpisah secara baik kerana sudah tiada persefahaman.
Memetik harian metro, Eva ketika dihubungi mengakui sedih dengan perpisahan berkenaan terutama kerana ia berlaku ketika Ramadan. Dia tidak
Eva pasrah dengan ketentuan Ilahi bahawa perkahwinannya hanya bertahan selama dua tahun setengah. Dia berasa sedih dan kehilangan, malah persiapan menyambut Aidilfitri kali ini tidak lagi semeriah dahulu.
Eva memilih untuk menyimpan berita perpisahannya dan tidak memuat naik sebarang kenyataan mengenai perceraian mereka, kerana baginya lebih baik jika pihak lelaki yang berbicara mengenai hal tersebut.
Wira banjir yang pernah viral membantu orang ramai hanya RM50 sahaja!
Namun, selepas Azwan membuat siaran langsung, ramai yang mula bertanya kepada Eva tentang perkara sebenar.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya, namun akur bahawa jodohnya bersama Azwan hanya sampai di sini.
Menurut rekod, Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini diijabkabulkan dengan Eva pada 14 Oktober 2022 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.