Keadaan kuku yang sihat akan memberi tanggapan terhadap kesihatan tulang dan kecantikan diri seseorang itu. Ini bermakna adalah sangat penting, kita menjaga kesihatan kuku agar bukan sahaja nampak bersih malah tidak rapuh.
Menurut portal rasmi, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, plat kuku ialah bahagian sebenar kuku yang diihat oleh mata kasar, terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.
Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel lama ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.
Kuku tangan tumbuh dengan kadar tiga milimeter sebulan iaitu dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki. Dasar kuku pula ialah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku mengikut rona dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Justeru, warna kuku boleh mencerminkan tahap kesihatan diri kita.
Tanda kuku sihat:
1. Bersih
2. Permukaan licin tanpa alur
3. Warna seragam
4. Bebas daripada tompokan , pudar dan berubah warna.
Oleh yang demikian, apa kata dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kuku kita amalkan petua yang mudah ini. Jom semak!
Limau Nipis
Caranya cukup mudah, dimana anda perlu potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian barulah dibilas dengan air. Amalan ini jika dilakukan secara rutin dapat memastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.
Ads
Bawang Putih
Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih.
Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.
Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri.
Ads
Lemon
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.
Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.
Minyak Zaitun
Ads
Gunakan minyak zaitun dengan cara merendam kuku anda pada minyak tersebut. Minyak zaitun dipercayai boleh memberikan kepadatan dan menguatkan jika kuku anda mudah patah. Rendamlah kuku anda dengan minyak zaitun yang telah dicampur dengan air suam setiap dua hari sekali selama 15 minit.
Selain amalkan petua untuk cantikkan kuku dari luaran, ada juga beberapa makanan yang perlu diambil bagi memastikan zat yang diperlukan dapat dibekalkan.
Contoh :
Oat
Oat mengandungi mikronutrien seperti tembaga dan zink yang penting untuk kuku sihat dan penyelenggaraan tulang. Ia juga mempunyai mangan, silikon, dan vitamin B-kompleks, iaitu yang menggalakkan kuku dan tulang yang sihat.
Telur
Satu lagi makanan yang berasid iaitu telur mempunyai tempat dalam diet tulang sihat. Ia adalah salah satu sumber vitamin D, dan kandungan protein yang terkandung adalah penting untuk kuku yang kuat. Tidak seperti daging, protein dalam telur adalah sangat mudah dicerna dan mudah diambil oleh badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas, pastinya juga turut digemari oleh anak-anak.
Nak buat sendiri Sos Thai yang sedap dan tahan lama? Tak susah pun, cuba dulu resipi yang dikongsikan oleh Nurul Mansor. Bukan je sedap malah tak guna banyak bahan.
nak bagitahu..
tadi sis buat sos thai tu sendiri..
grill lokching kelate ni,kirim dengan member beli di klate.. dap sungguh sos ni,pedas manis masam..sebijik macam g makan dekat padang besar aritu.
nak resepi sos thai ke?
dah edit resepi ni…
Bahan-bahan
cili besar 4biji
cilipadi merah n hijau campur je segengam
bawang putih 6ulas
*kisar 3bahan di atas ni
gula secawan
cuka secawan
garam 1sudu kecik
Cara membuat:
*lebur je semua atas kuali.kacau mendidih.slow api.masuk air bancuhan tepung ubi . siap!!
mudah je haih.
*tepung ubi 1sudu je.air bancuh ikut suka.janji dia lebur.jangan masuk serbuk tepung dalam sos.nanti berketul.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hubungan mentua dan menantu perempuan sering menjadi isu dalam rumah tangga. Macam-macam hal yang dikaitkan antara mereka termasuklah tidak berpuas hati antara satu sama lain. Lagi-lagi kalau bukan menantu pilihan, ada saja yang tak kena.
Namun tak semua mentua bersikap sedemikian. Ada yang baik dan melayan menantu ibarat anak sendiri.
Menerusi satu posting di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Nasriq telah memuat naik satu video yang memaparkan ibunya membuat kejutan hari ulang tahun perkahwinan abang serta kakak iparnya.
Walaupun sekadar kejutan biasa sahaja, namun ia tetap berjaya menarik perhatian warganet yang berasa gembira melihat hubungan akrab antara mentua dan juga menantu. Siapa kata hubungan mentua dan menantu perempuan ni asyik panas je kan. Inilah antara yang terbaik boleh dijadikan contoh kepada keluarga lain.
Mak aku buat kek sebab nak surprisekan kakak ipar aku. Anniversary diaorg yg ke-6 . ?❤️ pic.twitter.com/JTvQYp7pFH
Menurut Nasriq, hari tersebut adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke-6 dan ibunya telah mengejutkan mereka disebalik pintu dengan sebiji kek ditangan.
Hubungan baik mentua-menantu
Situasi comel tersebut telah membuatkan ramai warganet menurunkan komen di Twitter milik Nasriq. Rata-rata memuji layanan mesra keluarganya terhadap menantu mereka dan hubungan baik antara ibu mentua serta kakak ipar Nasriq.
Menyimpan pelbagai makanan dan bahan memasak di dalam peti ais adakalanya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Berikut dikongsikan 5 tip menjaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar. Lebih mudah dan cepat dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur anda.
1. Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5. Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Sumber: Petua Ibu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.