Kuih muih tradisi bukan sahaja enak rasanya, malah cantik molek pula bentuknya. Sekali gus menjadikan menu yang terhidang begitu enak dan tidak sabar untuk dijamah. Umpamanya seperti Kuih Telaga Emas ini, mungkin sekali pandang seperti kuih nona manis.
Jadi buat yang belum pernah mencuba rasa kuih tradisi ini bolehlah buat sendiri dengan jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh wanita ini. Zura Zu berkongsi resepi kuih telaga emas yang mudah dan lazat. Jom cuba!
1. Satukan kesemua tepung, garam dan perisa pandan.
2. Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit, jangan sampai habis (sambil uli jadi doh tak lekat di tangan).
3. Letak sedikit pewarna hijau.
4. Buat bulat-bulat anggaran 24 gram. Kemudian tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak.
Baca artikel menarik lain di sini:
1. Satukan santan dan air suam, kemudian campurkan esen vanilla dan gula (kacau sehingga larut).
2. Seterusnya, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung kastard, garam dan pewarna kuning telur sehingga sebati dan mesra.
4. Tapis adunan dan tuang ke dalam acuan lompang yang disapu minyak.
5. Pastikan air kukus betul-betul mendidih sebelum kukus selama 10 hingga 12 minit. Api dalam keadaan yang sederhana besar.
Selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul & Masak Apa Hari Ini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club