Kuih Legend Paling Simple Nak Buat, Tanpa Guna Mixer & Oven!

Share

Bila mengingatkan nostalgia raya zaman kanak-kanak, diakui memang cukup indah dan meriah.

Selain suasananya, pasti juga kita terkenang akan beberapa menu yang istimewa dan wajib ada terhidang di atas meja untuk meraikan tetamu yang berkunjung.

Lain tidak bukan, salah satunya adalah agar-agar kering ini. Boleh dikatakan, hanya musim Raya sahaja kita dapat merasa keenakan rasanya.

Jadi untuk yang ingin merasai kembali kuih legend ini, bolehlah dicuba untuk menyediakannya sendiri dan dalam masa yang sama dapatlah kita perkenalkan  dan bagi anak-anak merasa kuih-kuih tradisi orang dulu-dulu.

Jom semak perkongsian ini untuk ketahui cara pembuatanya.


Kuih raya legend paling simple tanpa guna oven dan mixer. Semoga sempat kering sebelum raya.

Resepi mak saya :
60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
1.4 kg gula pasir
1600 ml air
250 gm gula batu
Pewarna sikit
Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici)

Cara buat :

1. Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
2. Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
3. Jemur sampai keluar gula

Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.
P/s: Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras.


Saya dah update gambar yang dah kering. Saya izinkan sahabat2 share resepi. Boleh buat untuk makan raya

Sumber : Amira Halil via MAHN