Tidak dinafikan kuih kaswi memang sedap rasanya, terasa kenyal-kenyal dan lembut bila digigit. Tambah pula rasanya yang lemak manis memang enak dimakan ketika sarapan mahu pun minum petang.

Apatah lagi bila terlihat kuih kaswi berwarna hijau pandan seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini, nampak begitu sempurna bahkan licin teksturnya. Tidaklah nampak ‘berkedut’ dan sekali gus menjadikan  kuih kaswi dari air tangannya terlihatcukup menyelerakan.

Sehubungan dengan itu, Zura Zul tidak lokek berkongsi resipi dan tips untuk yang ingin mencuba.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapatlah anda sediakan kuih kaswi lagend ini seperti sudah pro menyediakannya.

Kuih legend Kaswi Pandan, Lemak Manis Rasanya.

Kuih Legend Kaswi Pandan. Nak Nampak Licin & Cantik, Ni Panduannya!

Ads

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

BAHAN: 

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (6 – 7 helai daun pandan + 1 cawan air.. blender.. tapiskan)
2 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
Sedikit air kapur makan
Sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam

Ads

CARA-CARANYA

1. Bancuh semua bahan atau blender halus. tapiskan
2 Loyang size 8.. sapu dengan sedikit minyak.. panaskan loyang dalan 2 minit
3 Tuang adunan dalam loyang..
4. Kukus 30 minit
5. Kalau ada wap air jatuh.. terus je lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.. buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuihKuih Legend Kaswi Pandan. Nak Nampak Licin & Cantik, Ni Panduannya!

6.Tunggu betul-betul sejuk.. baru potong & gaul dengan kelapa.

Ads

Kuih Legend Kaswi Pandan. Nak Nampak Licin & Cantik, Ni Panduannya!
7. Sedia dihidang.

Sumber : Zura Zul via BIKMM

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

ARTIKEL MENARIK : Goreng Tempe Nak Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam. Begini Cara Masaknya.

LAGI ARTIKEL MENARIK : Masak Sotong Tak Akan Liat Kalau Ikut Cara Ni. 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI