Kuih Lapis Licin Molek Kejadiannya. Begini Resipi & Tipsnya, Nak Buat Tak Susah Mana Pun!

Share

Seakan satu kepuasan bagi kita ibu-ibu ini dalam menyediakan menu  jika hidangan yang disediakan bukan sahaja digemari oleh seisi keluarga malah cantik pula bila kita melihat hasil air tangan sendiri terhidang di atas meja.

Apatah lagi ketika menyediakan kuih muih tradisi seperti kuih lapis. Gabungan adunan yang sempurna akan dapat menghasilkan lapisan yang nampak licin, cantik bahkan dapat pula dibuka setiap lapisan satu persatu, itu satu kelebihan!

Andai itu hasilnya, memang terasa diri ini seakan seorang chef profesional! Apa tidaknya, menyediakan kuih tradisi bukan semua orang boleh buat tetapi perlu juga kepakaran barulah menjadi.

 

 

Pun begitu buat yang baru ingin mencuba menyediakan kuih lapis ini untuk keluarga, usah kecewa kerana dengan adanya resipi yang terbaik dapat juga memudahkan kita untuk dapatkan hasil yang sedemikian.

Menyentuh tentang resipi kuih lapis apabila ditinjau di media sosial memang diakui begitu banyak versinya. Namun dalam banyak-banyak resipi, perkongsian daripada Aezween di beberapa group masakan ternyata mampu mencuri tumpuan warganet.

Kuih Lapis

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam

 

 

Cara penyediaannya

Langkah 1 : Blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian


Langkah 2 : 1 letak pewarna 1 biarkan putih


Langkah 3 : Kukus selapis-selapis selama 7 minit


Langkah 4 : Lapisan terakhir kukus selama 20 minit- BELI PENGUKUS DI SINI

Ekstra Tip : Oles bekas dengan minyak untuk mudah keluarkan begitu juga oles pisau den gan minyak untuk mudah potong kuih.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club