Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
Kuih ketayap mempunyai rasa yang sangat sedap, berinti kelapa yang manis dan digulung pula dengan kulit yang dimasak seakan lempeng. Ditambah pula dengan warna hijau daun pandan, menjadikan kuih ketayap mempunyai keenakannya yang tersendiri.
Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba menyediakan sendiri menu ini untuk dijadikan sebagai menu sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
KUIH KETAYAP
Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
2 sudu minyak masak @ minyak jagung
Secubit garam
5 helai daun pandan (dikisar dgn air)
Sedikit pewarna hijau
Untuk inti kelapa :-
½ biji Kelapa parut (ambil putih shj)
8sdb Gula merah
2sdb Gula pasir
Secubit garam
Sedikit air
Sehelai daun pandan disimpul
Masak gula sampai larut.. masukkan kelapa parut..garam..biar kering sikit. Biarkn sejuk..
Cara-cara utk kulit :-
Blend semua bahan2.. Bancuhan agak2 jgn cair sangat jgn pekat sangat.. gunakan kuali leper (seeloknya non stick) Sapukan kuali dgn sedikit minyak, Gunakan senduk bulat, sendukkan adunan kedalam kuali, kemudian lenggangkan kuali.. biarkan skejejap, xperlu terbalikkan, angkat dan sedia utk diletakkan inti..
Selamat mencuba
Kredit: Wirawati Negara