Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
Kuih ketayap mempunyai rasa yang sangat sedap, berinti kelapa yang manis dan digulung pula dengan kulit yang dimasak seakan lempeng. Ditambah pula dengan warna hijau daun pandan, menjadikan kuih ketayap mempunyai keenakannya yang tersendiri.
Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba menyediakan sendiri menu ini untuk dijadikan sebagai menu sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Ha nak dekat raya ni boleh la cuba menu raya baru yang berasaskan pulut. Salah satunya ialah wajik. Ala macam lirik lagu raya Suasana Hari Raya ada sebut “wajik dan dodol” kan. Itulah dia. Orang utara panggil wajik ni pulut kacau.
Warna dia kebiasaannya coklat. Tapi arwah nenek min dulu selalu buat warna pink. Lagi menarik kan? Nak makan pon berselera. Wajik ni dianggap sebagai kuih tradisional dan makanan orang tua-tua zaman dulu. Sebab tu kot arwah nenek min rajin buat setiap kali nak raya.
Texture wajik yang perfect mestilah lembut dan tak keras. Pulut tu wajib masak betul-betul. Rasa dia pulak manis berlemak, tapi tak terlalu manis. Jadi jom tengok cara buat wajik. Nanti dah jadi nenek boleh lah buatkan untuk cucu-cucu ye dak.
WAJIB CUBA WAJIK
BAHAN-BAHAN:
500g beras pulut
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 cawan / 200g gula merah
1 cawan / 200g gula melaka
1/2 cawan / 100g gula putih
CARA PENYEDIAAN:
Kukus pulut:
Basuh dahulu beras pulut kemudian rendam dalam anggaran 2 ½ jam.
2. Kemudian, tapis keluar air kemudian masukkan dalam loyang.
3. Masukkan 1 cawan santan, daun pandan dan kukus selama 15-20 minit dengan api besar.
4. Gembur pulut dan sejukkan.
Air gula:
Cairkan gula merah dengan 2 cawan santan atas api perlahan. Tak perlu tunggu hingga mendidih, cukup sampai suam sahaja.
2. Tapis adunan gula dan santan kemudian masukkan dalam kuali besar.
3. Masukkan sekali garam, gula melaka, daun pandan dan gula putih. Masak dengan api yang perlahan.
4. Kemudian, kacau sampai air gula mula berbuih dan pekat.
5. Keluarkan daun pandan.
6. Masukkan pulut sejuk dan kacau sampai pulut jadi kering dan gula pekat bertali.
7. Tutup api dan tuang kedalam bekas.
8. Biarkan 4-5 jam atau semalaman sebelum makan.
Tips bijak:
Beras pulut boleh direndam kurang dari 3 jam atau rendam semalaman minimum 9 jam. *Kalau rendam kurang dari 3 jam tambah 1 cawan santan sebelum kukus. Kalau rendam semalaman boleh terus kukus tanpa santan.
Untuk masak air gula, gunakan api yang perlahan untuk elak gula hangus dan santan pecah.
Untuk test kepekatan gula, celup sudip dan lorek sudip (yang melekat air gula) dengan sudu. Kalau gula melekat tebat maknanya gula dah cukup pekat.
Boleh alas wajik dengan daun pisang untuk lebih wangi.
Lalat adalah serangga yang cukup sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rainbow Cookies atau ada juga yang kenal biskut ini dengan nama Biskut Lidah Kucing yang sememangnya sangat digemari ramai terutamanya kanak-kanak.
Rasanya yang manis dan rangup dimakan ditambah pula dengan gabungan warna merah, jingga, hijau, biru, kuning dan ungu sekali gus menjadikan biskut ini benar-benar mencuri tumpuan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Malah menurut perkongsian Iqa yang turut berniaga biskut ini sejak 10 tahun lalu, akui begitu banyak permintaan biskut ini daripada orang ramai sempena musim perayaan.
“Harap u guys semua pun boleh jana pendapatan menggunakan resepi ni. Guna untuk makan sendiri pun boleh. Cookies ni peminat dia adalah kanak kanak. Manis dan colorful. Yang tak suka manis boleh kurangkan gula,”kongsi Iqa di group masakan.
Jadi buat yang ingin mencuba sendiri menyediakan biskut kegemaran anak-anak, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Iqa ini.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.