Kuih Ketayap Berlauk, Resipi Yang Divariasikan, Rasa Memang Sedap Untuk Minum Petang Sekeluarga.

Share

Kuih ketayap ini sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.

Biasanya kuih ketayap berintikan kelapa, apa kali ini jadikan ia berlauk. Sebagaimana perkongsian ini, kuih ini kelihatan lebih menarik apabila berintikan kentang. Sudah tentu lebih kenyang makan kuih cara ini.

Nak cuba, ikuti resipi ini.

Ketayap berlauk. Sesekali kita tukar inti ketayap. Dari inti manis ke inti kari. Buat minum petang atau sarapan tk kira waktu.

Resipi: 

Bahan untuk kulit:

2cwn tepung gandum
3 cwn air
2 biji telur
garam
pewarna kuning @serbuk kunyit

bhn inti

3 biji ubi kentang(potong dadu)
Sedikit isi ayam atau daging (do potong kecil2)


2 ulas bwg putih(potong dadu)
1 biji bwg merah(hiris dan potong dadu)
1 pkt rempah kari daging(kecil)
Daun sup
garam
Penambah rasa(aji)

Cara penyediaan: 
Campur semua adunan utk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang.
Tapis kan..
kemudian ambik sesenduk dan tuang atas kuali non stick
ulangi hingga adunan habis.
utk inti-
tumis bwg merah,putih yg dh di potong dadu
masukkan rempah kari..
gaul sebati.


letak air skit..
biar terbit minyak
masukkan ayam@daging
masukkan kentang yg di potong dadu
letak garam,aji perasakan,taburkan daun sup.tunggu hingga kering skit dan angkat
ambil dadar td.letak inti,dan lipat@gulung.
Macam buat ketayap inti kelapa.
sedia utk di makan

Sumber:  Eniza M. Salim