Kuih Gunting Homemade. Rangup & Berasa, Ni Resipinya!

Share

Teringat dulu-dulu betapa enaknya dapat makan kuih gunting yang rangup dan rasa lemak-lemak berempah.

Apa kata, kali ini kita cuba untuk menyediakannya sendiri. Ini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.


Kuih gunting. Masih suam-suam lagi…

Resipi Kuih Gunting ( Cara sendiri )

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
250 g marjerin
1 biji telur
1 Kiub ikan bilis
Minyak

*100 g bwg merah
*50 g bwg putih
*50 g ikan bilis
*50 g udang kering
*Cili kering agak2
*Garam 10 g
*Perasa 10 g (AjiNoMoto)
*Air 200 ml utk mengisar
Bahan2 bertanda * dikisar skali

Cara-cara :
1.Tepung diramas dgn marjerin,masukkan telur
2.Masukkan bahan kisar..uli hingga rata, masukkan daun kari yg telah dipotong,uli hingga doh tidak melekat lagi dijari.Agak2
tidak terlalu lembek dan terlalu keras.


3.Bahagikan@ bulat2kan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.

4.Panaskan dalam pan non stick
sekejap tanpa myk supaya keras..sejukkan dan boleh dipotong/digunting seperti
pada gambar.


5.Goreng dalam minyak yang banyak.

6.Tos dengan tisu utk serap minyak.

sumber : Salmah Hj Hassan via MA HN 

Anda juga boleh klik di sini untuk ketahui cara memasak Ketam Bercili Daun Kucai.