Teringat dulu-dulu betapa enaknya dapat makan kuih gunting yang rangup dan rasa lemak-lemak berempah.
Apa kata, kali ini kita cuba untuk menyediakannya sendiri. Ini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Kuih gunting. Masih suam-suam lagi…
Resipi Kuih Gunting ( Cara sendiri )
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
250 g marjerin
1 biji telur
1 Kiub ikan bilis
Minyak
Ads
*100 g bwg merah
*50 g bwg putih
*50 g ikan bilis
*50 g udang kering
*Cili kering agak2
*Garam 10 g
*Perasa 10 g (AjiNoMoto)
*Air 200 ml utk mengisar
Bahan2 bertanda * dikisar skali
Cara-cara :
1.Tepung diramas dgn marjerin,masukkan telur
2.Masukkan bahan kisar..uli hingga rata, masukkan daun kari yg telah dipotong,uli hingga doh tidak melekat lagi dijari.Agak2
tidak terlalu lembek dan terlalu keras.
3.Bahagikan@ bulat2kan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.
Ads
4.Panaskan dalam pan non stick
sekejap tanpa myk supaya keras..sejukkan dan boleh dipotong/digunting seperti
pada gambar.
Hidangan mee celup cukup popular di sekitar Kelantan dan Siam. Kalau berkesempatan ke sana, tentu tidak akan dilepaskan untuk menjamah mee celup yang cukup enak rasanya. Apa yang pasti rasanya tidak sama dengan mee sup utara.
Ada cara dan ramuan tertentu yang digunakan hingga menjadikan menu mee celup mempunyai rasa yang tersendiri.
Nak tahu resipinya hingga membuatkan anda makan berselera hingga berpeluh dahi, ini cara membuatnya.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
BAHAN BAHAN
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
CARA MEMASAK
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Hari-hari kita akan mamasak untuk keluarga sepanjang PKP ini. Menu yang disediakan bukan sahaja kita hendak pastikan menyelerakan bahkan sebaiknya biarlah menyihatkan.
Biasanya, kalau sebut makanan sihat mesti kita tergambar makanan tersubut dimasak secara kukus atau rebus.
Pun begitu, mengetahui lebih lanjut tentang makanan yang menyihatkan, apa kata kita fahami perkongsian di fb Kementerian Kesihatan Malaysia.
5 cara untuk anda menyediakan makanan dengan cara yang sihat.
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan lima kaedah makanan sihat di rumah untuk panduan anda semua.
Gunakan peluang berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan dengan menyediakan makanan yang sihat kepada orang yang tersayang.
Roti merupakan antara menu yang sangat sesuai untuk para ibu atau bapa yang sibuk bekerja atau mahukan sajian pantas. Selain daripada makan bersama jem buah-buahan atau coklat, mari cuba resipi yang kami kongsikan ini.
puding roti butter versi bakar yang dikongsikan oleh Syazwany Bakri ini kerana ianya sangat lembut, lemak dan berkrim lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama sos kastard yang enak. Jadi, jika anda ada roti yang berlebihan di rumah bolehlah cuba resipi ini.
– Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (adunan 3 cawan susu, telur pun saya lebihkan sebiji)
– butter kalau tak nak cairkan boleh sapu pada setiap roti. Saya malas nak sapu satu-satu saya tuang terus yang cairkan senang (sos kastard kalau nak lebih gandakan-gandakan ye)
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.