Kuih Bangkit Ibu Laris Dipromosi Tok Ti, Bantu Tampung Pengajian Lelaki Ini Sehingga Berjaya Genggam Anugerah Sarjana Cemerlang. Salute!

Share

Impiannya segunung tinggi untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Biarpun berhadapan dengan masalah kewangan, namun dia nekad dan berusaha mencari pendapatan tambahan usai mendapat tawaran menyambung pengajian.

Lelaki bernama Ridzuan khalid ini merupakan pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membantu ibunya membuat kuih untuk menambah pendapatan keluarga.

Berkat Usaha gigih dan sokongan keluarga, dia berjaya melalui semua ujian tersebut. Lebih membanggakan bila mana berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang.

Kisah lelaki ini dikongsikan menerusi laman instagramnya.

“Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit

.

“Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun  lewat diterima. Saya tiada pilihan lain.

“Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya,”tulisnya di ruangan kapsyen.

Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Menurut Ridzuan lagi, segalanya berubah selepas dia menghadiahkan Kuih Bangkit kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

“Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti. 

“Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh. 

“Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat,”ulas Ridzuan lagi. 
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat mereka berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!

Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

Kisah Ridzuan juga turut dikongsikan olegh rakannya menerusi laman twitternya.

Lebih manis lagi, perkongsian Ridzuan ini turut mendapat perhatian dari penyanyi nombor satu negara yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

Sumber : IG Ridzuan Khalid