Ramai mengakui kuih bakar pandan atau ada yang menamakannya kuih kemboja mempunyai rasa yang sangat enak dan berlemak. Sesuai dimakan sama ada sebagai menu sarapan mahupun minum petang.

Jadi buat anda yang teringin dan teringat-ingat keenakan rasa kuih bakar pandan dengan citarasa tradisi, bolehlah sediakan sendiri. Cara membuatnya cukup mudah dan boleh di masak di atas dapur gas sahaja tanpa perlu oven.

Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Norizah Othman. Ujarnya, dia lebih suka kuih bakar pandan yang ditabur dengan bijan yang banyak.

Jadi mudahlah kalau kita buat sendiri, kita boleh tentukan banyak mana yang kita mahu.  Buat anda yang ingin mencuba menyediakan kuih bakar pandan ini, selamat mencuba diucapkan.

Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya!
Ramai yang nakkan resepi ea…Ok di sini sis sertakan resepinya…

Kuih bakar pandan
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
5 cawan santan
2 biji telor
Sedikit pes pandan,garam,pewarna ijau
3/4 Cawan minyak masak

Ads

Cara penyediaan :

Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya!
Bancuh bahan tadi dan blander. Kemudian sapukan loyang dengan marjerin dan tuangkan adunan ke dalam acuan.

Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya!Kemudian taburkan bijan dan sedia untuk dibakar di atas dapur gas hingga masak.

Ekstra info : 

Ads

– Loyang jenis ini boleh dibeli di shopee dengan klik di sini
– Saya menggunakan pakai santan kotak kara sahaja yang paling kecil
– Acuan loyang tersebut di bawahnya ada pelapik bakar dan begini bentuknya. Jadi boleh terus letak di atas dapur gas dan masak menggunakan api perlahan.

Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya!

Sumber : Norizah Othman

Ads

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya! Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya! Kuih Bakar Pandan, Nak Masak Atas Dapur Gas Begini Cara Buatnya. Sedap & Enak,Terasa Orinya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI