Jika ingin disenaraikan antara kuih tradisi yang sering menjadi pilihan ramai memang banyak, dan salah satunya adalah Kuih Bakar Pandan atau ada orang juga yang menamakannya kuih bingka.
Istimewanya kuih ini ia mempunyai tekstur yang lembut, beraroma, rasa lemak santan dan dengan taburan bijan di atasnya memberi kesempurnaan rasa yang membuatkan hidangan ini enak dimakan pada bila-bila masa.
Resepi Kuih Bakar Pandan
Sedap dan mudah.
8 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
2 sudu besar margerin
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil asen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
Sedikit Bijan
-Sebelum membuat adunan, panaskan oven pada suhu 170 .
-Blend kan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.
-Masukkan semua bahan kecuali bijan kedalam blender then blend rata.
-Tapis adunan ,tuangkan ke dalam loyang yang disapu margerin/minyak
-Taburkan bijan di atas permukaan adunan
-Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.
-Cucuk kuih bakar dengan lidi , jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak
-Pastikan kuih bakar betul2 sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.
Selamat Mencuba
sumber : Nur Aisyah Nasa via MAHN