Teringin nak buat sendiri Kuetiau Kungfu tapi takut tak menjadi?
Nah admin kongsikan resipi yang cukup mudah tapi sedap. Ini kalau makan panas-panas Ada Pula cili potong memang padu.
Jom Cuba resipi Kuetiau air tangan daripada puan Akma Abdullah. Selamat mencuba!
Masak special sikit harini untuk birthday suami.. kuey teow kungfu..
Bahan-bahan
Isi ayam ( potong kecil2)
Udang
Sotong
Telur
Bawang putih ( cincang halus )
Bunga kobis
Putik jagung
Carrot
Pak choy
Cili padi
Tepung jagung
Sos tiram
Kiub ayam
Lada hitam
Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan
2. Masukkan ayam dan air, biarkan sampai mendidih dan ayam masak
3. Masukkan udang dan sotong
4. Masukkan carrot, putik jagung, bunga kobis dan cili padi
5. Masukkan sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam
6. Masukkan telur yang dah dikacau, dan gaul cepat2
7. Masukkan tepung jagung yg dah di bancuh dengan air
8. Masukkan pak choy.. kuah pastikan tak cair sangat dan tak pekat sangat.. kalau cair tambah tepung jagung.
Cara masak kuey teow:
1. Pecahkan telur, masukkan lada hitam, kicap dan masukkan kuey teow.. gaul bagi rata..
2. Panaskan minyak, goreng kuey teow yang dah digaul tadi.
Siap, boleh hidangkan panas2 dengan cili kicap
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club