
Jagung manis memang mendapat sambutan yang ramai. Jika di perhatikan penjual jagung manis ini masih menjual makanan ini di pasar malam.
Selain itu, boleh buat masak jagung manis bersama susu. Rasanya lebih enak dan berkrim.
Nak tahu resipinya ikuti perkongsian ini.
Jagung manis berkrim
Saya beli jagung rebus semalam, masih berbaki hingga ke hari ini. Begitulah bila terlebih beli. Nak buat apa ye?
Saya cari resepi jagung, nampak ramai juga orang share jagung rebus susu. Guna susu pekat manis, susu cair, mentega/marjerin, cheese, gula Melaka, dan pelbagai lagi.
Saya terus buat, tetapi saya adjust sikit resepi. Supaya lebih ringkas dan guna apa yang ada di dapur saja. Hehehe.
Guna susu cair, susu pekat manis dan saya letak sikit susu segar.
Hasilnya sedap juga. Alhamdulillah.
Jagung sudah direbus.
Susu cair dan susu pekat manis, saya panaskan guna api kecil.
Kemudian saya tambahkan susu segar. Kacau sebati guna api kecil saja.
Masukkan jagung rebus.
Reneh hingga mendidih. Golek-golekkan jagung supaya kena susu secara keseluruhan rata. Agak 10 minit juga.
Dah siap. Saya hidang bersekali dengan susunya juga.
Sedap dimakan panas-panas. Alhamdulillah.
Keluarga: Wow, memang sedap, Anak-anak mesti suka.
Sumber: Syahr Musafir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
14 Perkara Menakjubkan Tentang Solat Subuh, No 9 & No 11 Wajib Tahu

Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka yang bangun dan menyempurnakan waktu ini mendapat ganjaran yang luar biasa daripada Allah SWT.
Bayangkan, hanya dengan dua rakaat solat sunat sebelum Subuh, Allah menjanjikan pahala yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Tidak cukup dengan itu, Rasulullah SAW mendoakan keberkatan umatnya di waktu pagi. Ini menjadikan waktu sebelum azan Subuh sebagai detik penuh rahmat untuk kita bermula.
Sebagaimana perkongsian Faridah Mohd Ali, ia sangat bermanfaat untuk dijadikan motivasi agar kita terus istiqomah dalam melaksanakan amalan harian.
Keajaiban Waktu Subuh
1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita.
2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT.
Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat sunat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita.
3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus.
“Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.”
Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini.
4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga.
Rasulullah SAW bersabda..
“ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW..
“Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).”
Hadis Riwayat Muslim)
6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini..,
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut.
7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin.
8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti.
9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin.
Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata..
“Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”
10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.
11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh.
Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya.
Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya.
Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.
12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh.
13. Malahan itulah yang selalu disebutkan…
“Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.”
Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah.
14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.
Sumber: Faridah Mohd Ali
Lelaki Ini Kongsi Cara Santuni Isteri Sebelum Ke Tempat Kerja. Sweet!

Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang. Malah api cinta suami isteri harus disemai setiap hari supaya ia bercambah dari masa ke semasa. Barulah hubungan tersebut berkekalan dengan kasih sayang.
Perkongsian saudara Akhtar Syamir sungguh inspirasi.
Saya kongsikan apa yang saya buat sebelum meninggalkan isteri untuk ke tempat kerja.
Saya akan hulurkan tangan untuk dia salam. Kemudian saya akan salam dan cium tangan dia pula. Lepas itu saya akan kucup dahi, pipi dan bibir dia. Kadang-kala dengan nakal saya cium hidung dia. Kemudian saya akan peluk dia dan cium bau rambut dia sekuatnya.
Sebelum pergi, saya dan dia akan berbalas I Love You di pintu rumah. Dia akan berpesan supaya berhati-hati bawa kereta dan berpesan yang kami jumpa semula petang nanti.
Saya meninggalkan dia dengan penuh cinta dan positif. Dia melepaskan saya dengan penuh kemesraan dan semangat. Kami berdua sudah membayangkan pertemuan semula petang nanti. Dia akan sambung tidur, saya akan mula bekerja dengan semangat. Kedua-dua kami dalam mood yang sangat baik.
Inilah yang mengikat dengan kuat perasaan kami. Kepada yang biasa buat, teruskan. Kepada yang tidak biasa, boleh cuba. Kesan dia sangat baik. In Shaa Allah.
Semoga kita selalu melepaskan pasangan dengan penuh cinta dan sentiasa menginginkan pertemuan semula apabila kita berpisah sebentar kerana apa-apa urusan.
Kongsikan tips kebahagiaan ini jika anda rasa ianya bermanfaat.
“Sedap Nama Anak.” Peminat Syukur Dapat Tatap Wajah Nak Jihan Muse

Akhirnya pengacara, pelawak dan pelakon terkenal tanah,Jihan Muse kenalkan anak kedua.
Ramai peminat teruja melihat ‘ hero’ kedua pengacara popular itu.
Menerusi hantaran di instagramnya, Jihan Muse kongsi wajah anak dan memilih nama Ungku Altamis Barr.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal.”
RAKAN ARTIS & WARGANET UCAP TAHNIAH
Meninjau di ruangan komen mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu
Untuk rekod, pengacara berusia 39 tahun itu selamat melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq kini berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram Jihan Muse
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club