
Bagi yang menggemari maruku, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Puteri Langit Merah ini.
Caranya cukup senang dan bahan pun mudah. Pendek kata petik jari dah boleh siapkan untuk kudapan raya nanti.
Tak percaya? jom kita semak resipi yang dikongsikan ini.
Dah banyak hari saya buat muruku malas niyh ?? guna mee gardenia je , hehhe , kudap2 depan tv ?? lepas tu letak serbuk kari,serbuk lada hitam sikit, dengan knorr pasti sedap .
Bahan-bahan:
Mi sebungkus
Serbuk kari
Sedikit serbuk lada hitam
Cara membuat:
- Potong jangan pendek2 sangat, basuh dan toskan ,lepas tu goreng ,minyak betul2 panas dan api sederhana yer.
- Dah nak angkat letak daun kari sikit, biarkan sejat minyak dulu pastu gaul dengan serbuk kari, serbuk lada hitam(takyah pun takpe) dan knorr pasti sedap/grm ??
- mee lain saya tak pasti sbb tak pernah cuba.
DIY Pokok Hiasan Viral Yang Super Cantik, Mudah Je Guna Barang Kedai RM2. Simple Tapi Menarik, Jimat Pula Tu!

Kalau dah kreatif, macam-macam boleh guna untuk menjadikan kediaman anda cantik dan menarik. Ini adalah antara idea dekorasi menggunakan barang dari kedai Eco je yang boleh ibu-ibu cuba.
Jom admin kongsikan cara yang dimuat naik oleh saudara Abby Saipol.
Cara2 buat pokok ECO. Sblum ni saya pos pokok keladi. Di sbb kn ptg tdi pergi ECO jumpa daun pisang, so kita bwt Pokok pisang ECO.
1. Daun keladi hari tu btg dia sama je. Tapi daun pisang ni bwh dia ada lebih. So kna potong lebihan tu.
2. Potong dawai untuk daun pertama kna lebih skit sbb nk bg tinggi jdi pucuk. Dawai Daun no 2 dn 3 potong bg pendek skit dri yg no 1. Daun no 4,5 dn 6 potong bg pendek skit dri daun no 2 dn 3. Daun no 7 dn 8 bg pendek skit dri daun no. 4,5 dn 6.
3. Letak dawai celah btg daun bg lebih ke ats skit. Balut dgn selotip hingga ke bwh. Bahagian btg yg dawai tu klau nk sama besar dgn btg asal belit selotip bg tebal. Hbis balut dgn selotip balut pula dgn pembalut batang wrna hijau. (Seperti di gambar)
4. Bahagi daun 3, 3 dn 2. Cantum tiga btg pertama balut dgn selotip di bahagin bwh shja. Kemudian tutup selotip dgn pembalut batang (seperti di gambar)
5. Cucuk daun2 yg telah di cantum pada span dlm pasu. Saya letak batu unt bg berat. Klau nk berat letak dlm pasu tanah liat atau tuang simen dlm pasu plstik. Lebih kemas dn stabil.
6. Kemudian buka daun dan lenturkan lembut2 mcm lentur daun pokok pisang viral juga. Buka ikut cita rasa masing2.
P/s: Ni dah kali ke empat saya pos tapi tk lepas. Tak tau sbb apa. Sbb ramai yg nk cara bwt pokok ni saya cuba usaha smpai bleh. Klau tk bleh juga tk tau la. Hehe.. Klau admin lulus alhamdulillah…..
Basuh Beras Bukan Saja-saja, Tapi Bila Disertakan Bacaan Tertentu, Kesannya Luar Biasa!

Mungkin ada yang meganggap memcuci beras sebelum dimasak sebagai perkara yang remeh dan bersahaja dilakukan.
Namun sebenarnya alangkah bagus sekiranya sambil-sambil beras dicuci dengan dua tiga Kali basuhan turut diamalkan beberapa bacaan dan doa ini.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Sumber : Tasnim via MAHN
Minum Teh Jangan Sebab Suka Je, Ambil Tahu Kebaikan & Bahayanya!

Menikmati secawan teh panas tidak kira waktu sarapan atau lewat malam sekali pun mampu merubah mood seseorang menjadi lebih tenang.
Hal ini dapat dirasakan kerana adanya kandungan yang sangat bermanfaat yang dinamakan L-Theanine pada daun teh tersebut.
Pun begitu, ketahui juga apa yang perlu untuk pastikan anda sekeluarga mendapat manfaat dengan minum teh dan hindarkan daripada bahaya kesan terlalu banyak minum teh.
Jom semak perkongsian dari saintis ini.
MINUM TEH : APA YANG ANDA PERLU TAHU?
Teh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum pada kuantiti yang tinggi – untuk turunkan berat badan.
Meminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke
Kajian mendapati meminum teh hijau pada kuantiti yang tinggi boleh sebabkan loya, lesu dan pening. Ini disebabkan teh hijau juga mengandungi kafein.
Menurut The 2015 Dutch Dietary Guidelines, kadar yang disarankan adalah 3 cawan sehari.
Walaubagaimanapun, meminum teh atau teh hijau pada kuantiti yang tinggi setiap hari boleh kurangkan penyerapan zat besi dan mungkin boleh menyebabkan anemia.
Meminum teh atau kopi pada kuantiti tinggi di kalangan kanak-kanak juga kurang sesuai kerana boleh kurangkan penyerapan zat besi.
Bagi pesakit batu karang, kajian mendapati bahan oksalat juga hadir dalam teh.
Pengambilan bahan tinggi oksalat pada kadar yang tinggi boleh sebabkan batu karang.
Kandungan oksalat dalam teh adalah;
a.Teh Pu-Erh (342 mg/200 mL)
b.Teh biasa (156 mg/200mL)
c.Teh hijau (80 mg/200 mL)
Menambah susu dalam teh akan kurangkan pembentukan batu karang kerana bahan oksalat kurang diserap ke dalam darah.
Bahan berkhasiat antioksidan juga kurang diserap dalam darah jika teh diambil bersama susu.
Justeru minum ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan:
Clinical Case Reports 2016; 4(11):1053–1056
Nutrition Reviews@, Vol. 58, No. 3
Sumber: Dr Suri Roowi