Setelah kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati ramai pihak.
Kini air bah yang ‘menggunung’ sudah surut. Ramai sukarelawan menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah mangsa banjir.
Dalam tempoh itu, sudah tentu ada mangsa banjir berkongsi cerita detik cemas yang dilalui ketika bah datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad yang kini menjadi salah seorang sukarelawan yang membantu mereka yang terkesan akibat banjir.
Menurutnya, salah seorang mangsa menceritakan kembali kepadanya detik cemas bagaimana dia dan jiran dapat menyelamatkan diri setelah mendengar suara nyaring si bulus.
Suara yang kuat itu membuatkan wanita berkenaan meninjau bahagian luar rumah, alangkah terkejutnya apabila mendapati air naik dengan pantas. Melahirkan rasa syukur dengan suara kucing itu telah menyelamatkan nyawanya.
Dia mengiau ngiau ngiau, aku tengok luar, air dah ada. Aku dukung dia, ikat siap kain batik baga. Lari terus ke jalan depan panggil jiran, jiran pun takut.