Hiburan

Kucing Nabila Huda Mati, Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 4, “Aoki Dah Tak Ada”

Share

Kucing Nabila Huda mati, hidap penyakit buah pinggang tahap 4, “Aoki dah tak ada.’ Tiada yang menyedihkan bagi seorang pencinta haiwan apabila terpkasa berpisah buat selamanya.

Kucing Nabila Huda Mati, Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 4, “Aoki Dah Tak Ada”

Pelakon Nabila Huda sebelum ini banyak berkongsikan kisah tentang kucing kesayangannya yang sakit, Aoki. Kucing kesayangan Nabila itu menghidap penyakit buah pinggang tahap 4.

Aoki sudah terlantar sakit selama beberapa hari. Selepas beberapa hari bertarung nyawa dan dijaga rapi oleh pelakon itu, akhirnya Aoki pergi juga menghadap penciptaNYA.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila berkongsikan keadaan Aoki yang sangat lemah sehingga mulutnya tidak berhenti mengeluarkan darah. Pelakon itu tidak mampu lagi menahan sebah dan menangis teresak-esak.

Nabila turut berkongsi video ketika ‘menyempurnakan’ jasad Aoki di halaman rumah mereka serta mengucapkan selamat tinggal buat haiwan kesayannganya itu. Aoki sudah dipelihara oleh Nabila sejak 15 tahun yang lalu.

Haiwan peliharaan sering dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga bagi ramai pemiliknya. Kehadiran mereka bukan sahaja menambah keceriaan dalam kehidupan, malah memberikan banyak manfaat dari segi emosi, psikologi, dan fizikal.

Bukan sekadar binatang yang dipelihara untuk keseronokan, tetapi juga menjadi sahabat setia yang setia menemani dalam pelbagai situasi kehidupan.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Baca artikel lain juga: Tak Putus Doa Tambah Zuriat Nabila Huda Nak Jaga Pemakanan Di Usia 40 Tahun!

“Masakan Dan Makanan Memang Saya Tidak Kisah Untuk Bermewah Sedikit Tentang Makanan” – Nabila Huda

Ikhtiar Hamil, Nabila Huda Beli Vitamin Khas Ketika Di London

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my