Kucing Memang Terapi Jiwa, Tapi Hati-Hati Dengan Parasitnya!

Share

Kucing adalah makhluk bernyawa paling disukai semua orang. Kecomelan dan aksinya yang lincah ditambah dengan sifat manja adalah terapi buat kita.

Kalau balik kerja, sudah ada yang menantikan kita di muka pintu. Masuk sahaja ke rumah pasti diekori sehinggalah diangkat dan dicium kemas. Kucing mahu dilayan sama seperti anak-anak kita. Rasa bahagia, hanya orang yang memelihara kucing sahaja yang merasainya. Tak gitu?

Pun begitu sama seperti haiwan lain, kucing juga cenderung sakit dan tidak kurang berparasit yang boleh memberi kesan kepada kita. Jangan cepat melatah kerana bukan semua kucing mempunyai parasit!

Doktor Suriyakhatun menjelaskan berkenaan hal ini iaitu sejenis parasit yang dinamakan Toxoplasma gondi. Jangan takut kerana bukan semua kucing mempunyai parasit malah ia hanya tersebar melalui najisnya sahaja.


Hati-hati ya jika membela kucing. Ada sejenis parasit, Toxoplasma gondi, yang boleh tersebar ke manusia melalui najis kucing. Bukan toxoplasmosis sahaja sebenarnya yang boleh dibawa kucing ada parasit lain lagi yang boleh tersebar.

Jika kucing berak dalam rumah, semasa bersihkan guna sarung tangan dan basuh tempat berkenaan dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit.

Jika berjalan diluar rumah hati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.

Toxoplasmosis boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh jangkiti otak. Ia boleh jangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.

Ini bukan bererti tidak boleh bela kucing tetapi kebersihan perlu di jaga dengan rapi dan kucing perlu di periksa dan dirawat serta di beri makan yang sewajarnya supaya tidak di jangkiti parasit.

PS. Ada banyak diskusi yang berikan info tambahan mengenai parasit ini. 


Ini pula beberapa perkongsian yang dikongsikan oleh Doktor Suriyakhatun. Wajib baca!

Perlu Tahu:

  1. Toxoplasma tidak tersebar melalui udara sebaliknya hanya melalui najis kucing sahaja. Nak bersih najis pakailah sarung tangan. Selamat.
  2. Tak semua kucing ada jangkitan. Kucing indoor paling tak berisiko. Jangan risau.
  3. Wanita hamil dilarang bersihkan najis kucing, bimbang terkena najisnya dan berisiko kepada bayi.

Perkongsian yang sememangnya baik untuk kita jadikan panduan. Nak bermanja-manja dengan kucing langsung tak ada masalah, apatah lagi nak pegang dan gomol sepanjang masa sebaliknya berhati-hatilah dengan najisnya.

Cuci bersih pakai Clorox atau pembersih lain dan pastikan kucing kita sentiasa dalam keadaan bersih.

Kredit: Dr Suriyakhatun