Hobi & Minat

Kubis Boleh Ditanam Dalam Pasu, Cara Siram Mesti Betul Supaya Kubis Tak Busuk

Share

Kubis boleh ditanam di dalam pasu bagi mereka yang terfikir hendak tanam kubis. Sama seperti sayur yang lain, kubis juga senang untuk dibiakkan. Kalau dulu kubis kita selalu beli tak terfikir nak tanam sendiri macam tanam sayur lain.

Tapi sekarang semakin ramai yang dah cuba tanam sendiri sayur ini. Berbaloi sebab sayur ini memang kita selalu makan. Lagi satu cara penanamannya pun mudah. Kalau tanam banyak di halaman nampak cantik.

Bagi yang nak cuba tanam kubis boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Noramira Kassim Nurul ini.

1. Sediakan tanah (boleh beli di nurseri, gunakan tanah bakar campur tanah biasa).

2. Semai biji benih dalam tray semaian, 1 biji 1 lubang (beli benih di pasararaya sahaja sebab murah).

3. Waktu semai, siram pagi sahaja untuk lembapkan tanah, letak tray di tempat tempat separuh panas.

4. Bila sudah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.

5. Waktu ubah anak pokok ke pasu letak di tempat redup selama 3-4 hari supaya pokok tak layu. Selepas itu boleh letak di tempat panas.

6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk, kobis jadi busuk.

7. Baja 2 minggu sekali, sukatan ikut jenis baja yang digunakan (boleh guna baja tahi ayam, baja kopi dan baja npk 15.15.15 (baja-baja ini bubuh 2 minggu sekali ikut giliran ya bukan letak semua sekali gus).

8. Kawalan serangga seminggu sekali(saya guna cuka kayu,5ml untuk 1 liter air).

9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk dan boleh dituai tapi bergantung juga pada cara penjagaan kita.

Ini kobis yang baru dituai.

Sumber: Noramira Kassim Nurul