Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Jika difikirkan seakan kita sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan ujian hidup yang sedang dilalui oleh seorang wanita yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ini.
Siti Saqmah Mansor, 33, membesarkan anak tunggalnya iaitu Annur Amani Zamri secara seorang diri selepas kematian suami, Zamri Sulaiman akibat barah pada 6 tahun yang lalu.
Namun kini bukan saja perlu membesarkan anak bersendirian, malah dia juga bertarung nyawa akibat barah mulut tahap empat yang dihidapi sejak dua tahun lalu.
Apa yang pasti cabaran yang dilaluinya memerlukan kekuatan dan semangat yang luar biasa, tidak hanya dari segi fizikal tetapi juga emosi dan mental.
Menurut Siti Saqmah yang menetap di Parit Raja, dia perlu membesarkan anak tunggalnya, Annur Amani Zamri, 8, yang tinggal bersamanya. Meskipun bukan mudah meneruskan hidup tanpa suami namun dia tiada pilihan melainkan akur dengan ketentuan-Nya.
Kuat Sebab Anak
Memetik perkongsian di Harian Metro, menyedari tanggungjawab digalas, Siti Saqmah berikhtiar membuat dan menjual sandwic, sosej serta kek batik bagi menjana pendapatan kerana hanya itu mampu dilakukan dengan kudratnya ketika ini.
Ads
“Dulu, saya sihat dan normal, tetapi suami yang menghidap barah saluran makanan tahap empat.
“Ditakdirkan, suami tak dapat bertahan dan akhirnya dijemput Ilahi pada 2017, jadi tinggal saya berdua dengan anak.
“Setahun kemudian (2018), saya terbabit dalam kemalangan ketika menaiki kereta dipandu abang dan kesannya, gusi atas pecah.
Ads
“Awalnya, doktor tak kata apa tapi ia membengkak. Lama-kelamaan, bengkak di gusi semakin membesar dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap barah mulut,” katanya lagi.
Siti Saqmah berkata, dia mengambil masa lama untuk menerima hakikat dirinya menghidap barah.
“Selepas disahkan menghidap barah, sebulan juga saya di hospital iaitu pada September 2021 untuk menjalani pembedahan gusi dan lelangit.
Ads
“Memang patah semangat namun saya kuat sebab anak kerana fikir dia masih kecil dan kena ke sekolah.
“Jadi jika saya lemah bagaimana nak cari duit untuk tanggung dan besarkannya?” katanya.
Harapkan Keajaiban
Berhubung penyakitnya, Siti Saqmah berkata, dia sudah menjalani empat sesi kemoterapi.
“Itu saja ikhtiar saya buat masa ini kerana penyakit saya ini tiada ubatnya.
“Jadi, saya hanya mampu berdoa dan mengharap ada keajaiban untuk diberi kesembuhan kerana tak dapat bayangkan bagaimana anak jika saya tiada nanti,” katanya.
Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa ibu mana yang tak galau apabila anak yang ditatang bak minyak yang penuh sejak kecil tiba-tiba ‘hilang’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata membuatkan pelakon Noorkhriah tidak keruan.
“Saya tak mampu bayangkan kalau dia (anak) hilang selama lamanya,” itu luahan Noorkhiriah tatkala berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, anaknya dilaporkan sudah dijumpai.
“Saya sedar dia hilang daripada pandangan mata sekitar waktu Subuh.
“Jujur saya menggigil ketakutan fikir bukan bukan. Apa jadi kepadanya. Macam macam berlegar dalam kepala.
“Tapi syukur, kawan suami saya menemuinya di sebuah kawasan parkir kereta,” jelasnya lagi.
Sebelum itu, pelakon drama Nur ini berkongsi kehilangan anaknya menerusi laman instagramnya dan memohon bantuan ramai untuk menjejaki anaknya.
Menurut Noorkhiriah, kali terakhir anaknya dilihat berbasikal merah dan menyarung ‘sweater’ berwarna kuning tertera tulisan negara Australia.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai termasuklah rakan artis seperti Azza Elite, Iesya Toh dan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Mereka turut memanjangkan berita berkenaan di Instagram masing masing.
Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan mempunyai anak bernama Muhammad Yusoff, 10 dan anak perempuan bernama Nur (2 tahun).
Siapa sangka, niat seorang abang berhenti sebentar di hentian Rehat & Rawat (R&R) hampir mengundang musibah pada adiknya.
Kisah ini katanya berlaku di R&R Temerloh. Ketika berhenti di R&R berkenaan, dia berasa diri diperhatikan sekumpulan lelaki, namun dia tidak mengambil pusing tentang itu. rupa-rupanya ada cubaan pukau dan culik.
Ikuti kisah selanjutnya seperti yang di ceritakan lelaki ini.
Moga menjadi pengajaran buat semua dalam berhati-hati dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.
Peringatan untuk para perantau semasa berhenti di RnR..
31 May memang akan jadi kenangan pahit.
Kalau tersilap langkah and lambat keluar dari tandas tadi aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya diambik orang kerana cubaan bukak kereta aku oleh 2 orang warga india di RNR Temerloh.
Ceritanya pada awal sampai aku diperhatikan oleh segerombolan manusia iaitu terdiri dari melayu dan india. tetiba masa nak makan mereka mengambil tempat meja sebelah aku, dorang pandang aku cubaan untuk pukau tapi gagal.
Masa nak ke parking mereka tunggu di parking. syak wasangka memang tak la, sebab bulan posa ingat orang semua baik baik. tapi !
Cubaan pukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan cubaan membuka pintu kereta semasa bongsu sendirian di dalam kereta nasib baik sebelum aku ke tandas aku berpesan pada bongsu
“ adik lock pintu “ and masa dalam tandas adik call aku berkali kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency. terus aku bergegas keluar.
2 india tu dah larikan diri.
P/S : hati hati kalau anda semua stop di rnr temerloh. sebab ada mata yang sedang memerhati. tunggu peluang untuk rompak/samun/ pukau.
Serius trauma ! sampai ngigau bongsu malam ni.
Kredit story : tarmiziani
Kredit pic : tarmizi sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular di laman sosial apabila seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia di depan Kaabah sewaktu sedang menunaikan umrah.
Wanita yang bernama Heba Mustafa adalah jemaah dari Mesir yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di samping suaminya, Abdelmoniem Elkhateeb.
Menurut suaminya, Elkhateeb yang merupakan seorang profesor di Fakulti Perubatan Universiti Assiut Mesir mengenai kematian isterinya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Arab Saudi dan juga Mesir.
“Allah berhak mengambil apa yang Dia miliki dan semua apa yang Dia berikan.
“Dengan hati yang penuh kesabaran sambil mengharapkan pahala-Nya dan dengan air mata yang berlinang, saya meratapi pemergian isteri, ibu kepada anak-anak, jodoh, peneman, buah hatiku, kebaikanku di dunia, senyumanku, rakanku, dan sahabatku.
“Saya bersaksi kepada Allah, dia adalah isteri yang solehah dan patuh, setia kepada keluarganya dan keluarga suaminya. Dia lurus dan menjalankan peranan sebagai ibu dengan sangat baik.”
Sewaktu menceritakan mengenai saat-saat terakhir pertemuan mereka di depan Kaabah, Masjidil Haram pada Khamis, seakan sudah tahu bakal pergi buat selamanya, wanita itu sempat tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal kepada Elkhateeb.
“Saat rohnya diangkat naik bertemu Allah dari Masjidil Haram di Makkah, dia sedang berpuasa dan melakukan umrah ketika bulan suci Ramadan. Innalillahiwainna ilaihi roji’un.”
Tambahnya, isterinya itu pernah berkata dia ingin dimakamkan di Makkah dan kini apa yang diingini menjadi kenyataan.
“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, dan berikan dia syurga tertinggi, serta berikan kami kesabaran dan kemampuan untuk menahan rasa pedih kerana perpisahan ini,” demikian coretan Elkhateeb.
Melalui posting tersebut, ramai yang mendoakan mendoakan agar isteri Elkhateeb meninggal dalam husnul khotimah serta mendapat limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.