Seorang suami yang sentiasa menyantuni isterinya akan diberikan kebahagian dan kemurahan rezeki yang tidak disangka. Malah kehidupannya dan keluarga akan bertambah sejahtera.
Semalam, peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin, melalui entri di Instagram telah berkongsi berita gembira mengenai isterinya yang telah selamat bersalinkan anak ketiganya. Lebih manis, perkongsiannya menceritakan detik mudah isterinya melahirkan cahaya mata mereka.
Tidak lama mengalami kontraksi, isterinya bersalin dengan mudah. Lebih mengujakan, selepas isterinya bersalin, esok paginya PU Amin bergegas menduduki peperiksaan.
Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
Lepas sambut bayi, bergegas mengikuti peperiksaaan akhir tahun
Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital . Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi..
Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami..
Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan..
Wahai anak, ingat jasa ibu mu
Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung..
Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat . Percayalah pasti ada..
Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar .
PU Amin dan isterinya mendirikan rumah tangga tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.