Kuasa viral. Setelah tular mengenai kedaifan hidup, warga emas ini kembali ke pangkuan keluarga. Benarlah, hati siapa yang tidak sedih melihat kelibat seorang warga emas dijalanan seorang diri dibawah terik panas matahari. Diri yang uzur dimamah usia tetap gagah menempuh liku hidup demi perut yang perlu diisi. Mana mungkin, siapa yang melihatnya membiarkan berlalu begitu. Mujur ada yang sudi membantu memberi bantuan.

Siapa sangka, pasrah nenek ini telah meruntun jiwa seorang anak muda Mira Sam berhati mulia. Sapanya kepada warga emas ini bertanya khabar dan pelawaan menaiki kenderaan dengan niat membantu, rupanya telah membawa sinar baharu buat warga emas ini.

Sembang biasa bagaikan  ‘cucu’ dan ‘nenek’, akhirnya membuka cerita duka bila mana warga emas ini tinggal bersama suami yang uzur disebuah motel dengan serba kekurangan dengan sewa yang tertunggak. Tidak mahu menyusahkan anak yang juga serba kekurangan, nenek ini dan suami sanggup berdikari dengan kurdrat yang ada. Lebih sebak, pasangan warga emas ini tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada pihak bertanggungjawab.

Lebih manis, setelah dua hari tular, perkongsian yang boleh dianggap sebagai khidmat masyarakat ini telah menarik perhatian ramai sehingga, anak warga emas ini telah membawanya pulang ke pangkuan keluarga untuk tinggal bersama.

Berikut perkongsian yang dipaparkan.

Tular dengan perkongsian sehingga 2.9K  

Ads

Kuasa Viral! Setelah Dua Hari Tular, Pasangan Warga Emas Kembali Ke Pangkuan Keluarga

“Assalamualaikum..sapa pernah nampak tok ni??sy jmpa tadi dekat pasar kg.berjaya dok tnggu teksi nak balik rumah dia.jadi sy pun pelawa nak hntaq dia balik rumah…masa dok otw hantaq sy pun dok bersembang la tnya macam2..dia kata dia pi minta sedekah kt kg berjaya naik teksi..teksi tu pun dia berhutang xbayaq tambang lagi.tgok2 dia dok kat motel kat shahab perdana..sewa rm700 sebulan.tu pun yg bulan lepas xbayaq lagi.nak cari rumah sewa pun dia xtau mcm mana dgn keadaan dia dgn suami dia macam tu….kira hat beda minta sdekah tu la utk nak bayaq sewa..dia dok dgn suami dia yg lumpuh xleh jalan..duit utk beli ubat suami dia lagi.ada sorang anak perempuan dok kat bukit besar tu pun susah jgak tok tu kata..bantuan kebajikan dari mana2 pihak pun dia x dapat..dok harap dekat duit dari minta sedekah..tujuan posting sy ni utk share kesusahan tok ni kot2 ada yang boleh tlg..kalau ada yg nak bagi bantuan or nak tgok keadaan tok tu boleh pi motel tu sendiri.btw tok tu kaki dia pun sakit..
P/s: tlg share post ni bnyak2 agar tok ni dapat bantuan dan smpai kepada pihak yg berkenaan.sy dah minta kebenaran dari tok tu utk viral kan keadaan dia..sapa2 yg nak pi tgok boleh pi kat motel dlm gambar.”

Ads

Posted by Mira Sam on Thursday, 21 February 2019

 

Khidmat masyarakat 

Kuasa Viral! Setelah Dua Hari Tular, Pasangan Warga Emas Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Ads

Semoga nenek dan suaminya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan yang diterima bersama keluarganya. Mereka juga berhak untuk hidup bahagia meniti hari bersama orang tersayang!

Sumber: Mira Sam

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI