Kuasa Doa Seorang Isteri, Saharul Ridzwan Gembira Dapat Tunaikan Hajat Isteri Walaupun Selepas 2 Tahun.

Share

Hampir  dua tahun hidup bersama sebagai suami dan isteri, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang comel. Biarpun Saharul Ridzwan sibuk dengan kerjaya seninya, namun isteri dan anak adalah keutamaan baginya.

Berbanding sesetengah artis yang agak terhad bercerita tentang keluarga, Saharul pula berbeza. Malah, laman sosialnya penuh dengan cerita dan gambar keluarganya. Ada sahaja aktivitinya baik dengan isteri mahupun anak dimuat naik di laman instagramnya.

Selepas mendirikan rumah tangga, Saharul dilihat cukup bahagia dan ada sahaja kisahnya yang memotivasikan orang lain. Terbaru pelakon Jangan Benci Cintaku ini memuat naik cerita doa isterinya untuk sama-sama ke masjid mendengar ceramah agama. Hanya selepas dua tahun, doa itu akhirnya dimakbulkan.


Awal2 kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya
“Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama”

Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama

Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain.

Dia dalam pada itu, turut mengambil berkat bulan Zulhijjah untuk berdoa semoga niatnya untuk menunaikan haji bersama isteri sebelum umur 40 tahun dimakbulkan.

Jadi doa saya hari ni pulak, sy dan isteri dapat dijemput Allah utk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah

Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya

Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.

Semoga dipermudahkan urusan suami isteri ini dan dimakbulkan doa tersebut.

Sumber: IG saharulridzwan