Kuali Lama Berkerak Hitam, Jadikan Berkilat Hanya Guna Bahan Sedia Ada Di Dapur!

Share

Meskipun ada peralatan dapur yang moden, tidak dinafikan kuali ‘legend’ tetap menjadi pilihan mak-mak untuk digunakan ketika memasak. Ada orang cakap, lagi lama guna lagi sedap  memakainya.

Pun begitu jika sudah terlalu berkerak hitam sakit mata juga kita melihatnya. Jadi apa kata cuba kaedah yang dikongsikan oleh Amy Rosina ini.

Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak2 kuali periuk yang seusia pekahwinan 😅😅😅😅
tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari2… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang….. maii sy share unt suri semua sama2 kita bahagia
hangpa cuma perlu kapoq makan.. kapoq yang india makan dgn sirih tu… berus dawai tu dgn pisau…
Langkah 1 : Sapu kapur makan pada kuali

Langkah 2 : Masukkan kuali tadi ke dalam kuali yang lebih besar.

 

Langkah 3 : Didihkan seketika dan jika lagi lama lagi bagus.

Langkah 4 : Kemudian keluarkan kuali tersebut dan kikis kerak yang ada dengan pisau. Lembut sahaja kerak itu.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Langkah 5 : Jika masih ada sedikit kerak lagi, bolehlah digosok dengan berus dawai.

 

Ini lah kapur yang digunakan

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club