Kuah Rojak Homemade By Ibu. Resipi Simple, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Sedapnya layan kuah rojak yang dicampur dengan buah-buahan seperti jambu, nenas, mangga muda, jambu air dan sebagainya lagi. Kecur liur terbayang keenakannya.

Jom cuba buat sendiri kuah rojak yang simple tapi sedap. Resipi ini dikongsikan oleh puan Ameera  menerusi facebooknya.

Kuah rojak by Ibu

Pekena sekali nak berkali kali.
Siapa suka makan rojak buah boleh la ikut resipi ibu ni, Insyaallah korang suka.
Ada jambu, nenas, timun, belimbing, pelam,sengkuang. Nak letak pelbagai buah pun boleh, Ikotla.
Cara cara digambar ye.
Cara membuat:
Masukkan 1 botol kicap ke dalam periuk, kicapnya bukan botol.
Cili padi 10 biji, cili kering 7 tangkai, cili merah 1 biji. Ikot la jika nak pedas letak la lebih. Sukatan ibu ni ngam ngam anak boleh makan.
Gula kabong. Sedap buat kuah rojak pakai gula kabong.
Terlupa 1 bahan tadi, belacan tau. Masukkan kesemua dalam blender. Letak air sikit sahaja.
Kisarkan.
Masukkan terus dalam periuk. Api perlahan sahaja. Jangan kuat
Sos cili 2 sudu makan ikot sukatan, ibu dah biasa tu yang main tonggeng je tu.
Gula putih 3 senduk, ikotla kalau taknak manis sangat boleh kurangkan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Asam jawa 1 sudu makan, ibu pakai asam jawa adabi. Sedap!
Otak udang 1 sudu makan. Gaul tau, jangan letak biar, nanti melekat di bawah jadi hangit. Gaul je!