Sedapnya layan kuah rojak yang dicampur dengan buah-buahan seperti jambu, nenas, mangga muda, jambu air dan sebagainya lagi. Kecur liur terbayang keenakannya.
Jom cuba buat sendiri kuah rojak yang simple tapi sedap. Resipi ini dikongsikan oleh puan Ameera menerusi facebooknya.
Kuah rojak by Ibu
Pekena sekali nak berkali kali.
Siapa suka makan rojak buah boleh la ikut resipi ibu ni, Insyaallah korang suka.
Ada jambu, nenas, timun, belimbing, pelam,sengkuang. Nak letak pelbagai buah pun boleh, Ikotla.
Cara cara digambar ye.
Cara membuat:
Masukkan 1 botol kicap ke dalam periuk, kicapnya bukan botol.
Cili padi 10 biji, cili kering 7 tangkai, cili merah 1 biji. Ikot la jika nak pedas letak la lebih. Sukatan ibu ni ngam ngam anak boleh makan.
Gula kabong. Sedap buat kuah rojak pakai gula kabong.
Terlupa 1 bahan tadi, belacan tau. Masukkan kesemua dalam blender. Letak air sikit sahaja.
Kisarkan.
Masukkan terus dalam periuk. Api perlahan sahaja. Jangan kuat
Sos cili 2 sudu makan ikot sukatan, ibu dah biasa tu yang main tonggeng je tu.
Gula putih 3 senduk, ikotla kalau taknak manis sangat boleh kurangkan. Lebihkan manis dalam senyuman.
Asam jawa 1 sudu makan, ibu pakai asam jawa adabi. Sedap!
Otak udang 1 sudu makan. Gaul tau, jangan letak biar, nanti melekat di bawah jadi hangit. Gaul je!
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit dahulu bersenang kemudian. Demikian ungkapan yang sesuai digambarkan pada usaha keras gadis ini sehingga mencipta kejayaan yang manis buat dirinya.
Gadis yang dikenali sebagai Nur Shahira Sazlin ini dinobatkan anugerah dekan apabila berjaya mendapat Anugerah PKT Excellence Award 2019. Sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM80 ribu selepas memperoleh keputusan cemerlang keseluruhan pengajiannya.
Graduan daripada Politeknik Sultan Ahmad Shah ini telah berjaya memperoleh anugerah dekan dan sekali gus melayakkannya menerima augerah tersebut. Perkara itu telah dikongsi menerusi Twitter dan dikicau semula sebanyak 4 ribu kicauan.
Sempat kongsi tips belajar
Shahira yang juga seorang pelajar politeknik dalam jurusan pengurusan logistik dan rangkaian bekalan sempat menyertakan beberapa tips cara belajar yang diamalkan di Twitter miliknya. Perkara itu bertujuan untuk membantu rakan-rakan yang masih berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang sepertinya.
Dahlah cantik, pandai pulak tu
Menjengah keruangan komen posting yang dibuat Shahira, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaannya mendapat anugerah dekan dan juga memperoleh penghargaan berupa wang tunai sebanyak RM80 ribu.
Mereka turut tumpang bangga dengan perkongsian mengenai kecemerlangan Shahira di Politeknik Sultan Ahmad Shah.
Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pelitup muka dianggap sebagai aksesori wajib kepada orang ramai apabila melangkah keluar dari rumah. Lebih-lebih lagi pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang pemakaian tersebut pada 1 Ogos yang lalu.
Namun hati-hati dalam memilih mask kerana ia boleh mengundang masalah terutama bagi mereka yang alergi. Tidak hairanlah ada yang mengalami masalah kulit dan ketidakselesaan. Bukan itu sahaja, kita tidak tahu akan tahap kebersihan ketika mask dihasilkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menyebarkan informasi sebagai panduan seluruh rakyat Malaysia.
Antara langkah-langkah pencegahan yang disyorkan adalah mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat-tempat awam.
Atas dasar ini juga, Karangkraf Medicare mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Mengetengahkan moto Suci dan Bersih, Pengerusi kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ini merupakan satu usaha baru karangkraf dalam membantu masyarakat.
“Pelitup Muka kini mempunyai pasaran baik ketika ini dan kerana itu banyak penawaran ada. Bila buat kajian, kena pastikan dua benda iaitu jual dengan harga lebih murah serta tahap kebersihan. Ia mesti dibuat di dalam kilang yang mana kuman di luar tak boleh masuk. Dengan istilah kilang adalah ‘clean room.
“Malah, pekerja juga perlu melalui proses memastikan ia tidak bawa masuk kuman. Sebab itu pekerja perlu memakai PFE – Particulates filteration efficiency above 95% . Ia berupaya menapis partikal atau zarah dan virus. Bukan itu sahaja, ia diuji di acredited laboratory. Pihak Karangkraf juga juga sedang menjalankan usahasama dengan pihak SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi,” ujar Datuk Husamuddin lagi yang mengeluarkan dua pilihan iaitu, iaitu Pelitup Muka Karangkraf Plus dan Pelitup Muka Karangkraf.
Justeru, pihak kami mahu tampilkan produk yang boleh masyarakat gunakan tanpa was-was. Kebetulan kita ada ruang dan kerana itu kita keluarkan belanja untuk buat ‘clean room’.
“Selepas buat kajian dan sekarang ia sudah memenuhi standard WHO yang mana material di dalam mask ini sudah dapat sijil memandangkan ia berupaya menapis bakteria melebihi 98%. Ia sudah mencapai tahap BFE – bacteria filteration effeciency above 98% .
Material yang digunakan diimport dari China untuk bahagian luar manakala Jepun untuk bahagian dalam. Kerana itu ia boleh digunakan dalam bilik pembedahan kerana ia juga dipanggil medical face mask.
“Kita mahu didik masyarakat supaya dapat membantu memutuskan rangkaian dalam memastikan bebas dari wabak pandemik COVID-19 . Justeru, mask yang dikeluarkan oleh Karangkraf Medicare ini boleh digunakan oleh masyarakat tanpa was-was. Produk ini bukan sahaja menghalang dari disaman malah dapat elak kuman.
Pelitup Muka ini didatangkan dengan pakej yang mana dimasukkan di dalam envelop yang dipanggil ‘hygiene case’.
“Pelitup muka adalah sama tetapi yang membezakannya adalah Pelitup Muka Karangkraf Plus ini didatangkan dengan ‘hygiene case’ dengan pelbagai corak menarik. Ini dapat membantu kita mengamalkan cara menyimpan yang betul selain terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan apabila mengunakan pelitup muka dalam pelbagai situasi.
“Contohnya ketika mengambil air sembahyang, makan, atau bersukan, boleh letak pelitup muka ini dalam envelope dan boleh digunakan sehingga tempoh 8 jam sehari. Justeru, dengan adanya envelop ini, ia boleh disimpan dalam poket atau beg yang mana dapat melindungi pelitup muka dari kuman di luar. Malah untuk buang pun mudah kerana dibuang di dalam envelopnya.
“Selain itu, pemilihan corak dan warna pada envelop juga menarik, ini adalah cara kita untuk cipta satu budaya baru. Tapi yang penting kita kena pastikan pelitup yang digunakan itu dihasilkan melalui cara yang bersih, harga lebih murah.
“Malah, kami memilih warna putih kerana simbol kepada suci dan bersih. Bukan itu sahaja, material yang digunakan juga tidak berbulu dan tali untuk earloop juga tidak cepat putus,
“Dengan kata lain, barang berkualiti tapi murah. Selain itu Karangkraf juga mahu membuka peluang kepada peniaga kecil bagi mereka menjual face mask yang suci dan bersih di samping jaminan produk berkualiti,” jelas Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini.
Apabila bercakap tentang negeri Kelantan, kita pasti terbayang akan kepelbagaian makanan dan kuih-muih di negeri tersebut seperti, nasi kerabu, kuih akok, kuih cek mek molek dan banyak lagi. Namun, tak ramai yang tahu mengenai kewujudan kuih tahi itik. Walaupun nama kuih itu agak aneh tetapi ia benar-benar wujud di negeri Kelantan.
Pasti ramai yang bertanya kenapa kuih tersebut dinamakan seperti itu. Ia digelar sebagai “tahi itik” kerana rupanya yang berwarna putih dan bertempek-tempek menyerupai tahi itik. Kuih tahi itik juga pernah dikenali sebagai kuih hati sukma.
Anda boleh mendapati kuih ini di pasar, pasar minggu dan pasar tani di Terengganu juga.
Bahan-Bahan
Putih telur (10 biji)
Santan (500ml)
Gula pasir (400gm)
Tepung pulut (100gm)
Tepung beras (150 gm)
Daun pandan (sehelai) – dicarik
Esen vanila (sedikit)
Cara pembuatan
Ia dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Masukkan kesemua bahan dan kacau atas api. Kemudian, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat sebelum dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana. Jangan menilai sesuatu tanpa mengenal isinya. Selamat mencuba!
Sumber: Illuminasi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...