
Cuti-cuti ni boleh lah cuba masakan baru untuk keluarga. Salah satunya boleh cuba resipi yang popular di kalangan orang pantai timur.
Resipi Laksam yang mudah dibuat ini hanya menggunakan sukatan cawan ajer. Kuah pun pekat. Tentu anak—anak dan suami suka. Boleh cuba resipi ni yang dikongsi oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.
Ikuti perkongsian ini.
Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.
Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung.
Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
Bahan Kuah
1 kg ikan – rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai – ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula.
Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
Memang sedap! Kuah pun pekat. Selamat mencuba!
Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar
Patutlah Kek Bantat Dan Tak Naik. Ini 29 Sebab Kek Tak Jadi! Sesuai Rujukan Buat Newbie.

Memandangkan ramai yang suka membuat kek, tentu pelbagai resipi telah dibuka. Namun masalahnya, walaupun telah mengikut resipi yang disediakan, tetap tak menjadi. Selalunya masalah kek tak jadi dihidapi oleh newbie-niewbie yang baru nak ‘berkecimpung’ dalam dunia kek.
Memang kita akan merasa sangat hampa jika mendapati kek tidak menjadi dengan baik setelah menghabiskan masa dan belanja yang banyak untuk membuatnya!
Laziamnya masalah yang dihadapi adalah masalah kek menjadi bantat, kek tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering dan kek merekah.
Namun, dengan 29 petua ni, boleh dijadikan rujukan termasuk yang baru nak belajar membuat kek. Jom tengok!
Membakar atau menghasilkan kek sudah pasti mengharapkan sesuatu hasil kek yang sempurna.Tetapi bila ada beberapa tanda yang dibakar itu adakalanya ,kek menjadi bantat, kek menjadi tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering,permukaan kek merekah berderai dan macam-macam lagi.
InsyaAllah di sini sedikit panduan untuk punca kek tidak menjadi yang sering anda hadapi dan tips untuk membantu mengetahui apakah punca dan sebab kek itu tidak menjadi.
Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak menjadi.
1.Kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven.
Puncanya :- Kek anda belum masak betul.
2.Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.
3.Kerak yang bergula pada keliling kek.
Puncanya :-Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.
4.Tompok-tompok putih pada permukaan kek.
Puncanya :- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.
5.Kek anda tenggelam terus atau kek menjadi bantat
Puncanya :- Suhu oven anda terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar, dan cara memukul tadi tidak cukup kembang.
6.Kek berderai bila dipotong.
Puncanya :- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.
7.Kek melekat pada loyong pembakar.
Puncanya :- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru.
*Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.
8.Kek naik kemudian retak di tengah permukaan.
Puncanya :- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring, atau acuan berbentuk love mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.
9.Keliling kek keras.
Puncanya :-Adunan dipukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, sebenanrya kaup balikkan tepung hingga ia sebati sahaja.
Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
10.Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah.
Punca kek tidak menjadi :- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.
11.Warna yang tidak serata pada permukaan kek.
Puncanya :- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.
12.Kek naik tidak serata.
Puncanya :- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar.
Kek yang telah dibakar berlubang.
13.Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah.
Puncanya :- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas.
Puncanya :- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.
Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna
14.Buah-buahan tenggelam pada dasar kek.
Punca kek tidak menjadi :- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna.
Puncanya :- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul.
Puncanya :- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum.
Puncanya :- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.
15.Bahagian tengah kek masih rasa mentah.
Punca kek tidak menjadi :- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak.
Dasar kek hangus.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
Puncanya :- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar.
Puncanya :- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.
16.Kek merekah diatas pada permukaan.
Punca kek tidak menjadi :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
Puncanya :-Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Puncanya :-Kekurangan cecair.
Puncanya :-Acuan tin terlalu kecil.
17.Kek tidak rata pada permukaan.
Puncanya :- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.
18.Kek tenggelam pada bahagian tengah.
Puncanya :- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri.
Puncanya :- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna.
Puncanya :- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.
19.Kek yang Mendap di Tengahnya
Puncanya :- Ukuran acuan tin tidak betul.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat
Puncanya :- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Puncanya :- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
20.Kek Terlalu Lembap dan Leper
Punca kek tidak menjadi :-Terlampau banyak cecair.
Puncanya :-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Puncanya :-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Puncanya :-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna
21.Tompok putih pada permukaan kek
Puncanya :- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.
22.Kek tenggelam sewaktu dibakar.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.
23.Kek berkedut dan kecut selepas membakar.
Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.
24.Kek liat dan mampat
Punca kek tidak menjadi :- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.
25.Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan
Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah.
Kek berkerak pada bahagian luar
Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.
26.Kek tenggelam pada bahagian tengah
Puncanya :- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.
27.Warna kek yang pucat tidak serata dipermukaan.
Puncanya :- Adunan tidak digaul dengan sempurna.
28.Kek span naik terlalu cepat.
Puncanya :- Suhu oven terlalu panas.
29.Kek span tidak masak dengan sempurna.
Puncanya :- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.
Ok inilah punca kek tidak menjadi dan tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman anda berhasil.Tidak ada lagi kenapa kek tak jadi, kenapa kek tak naik ,kek tenggelam, dan sebagainya.
Semoga persoalan kenapa kek tak menjadi terjawab buat peminat kek.
Kredit: daridapur.com
Simpan Barang Basah Cara Praktikal. Bantu Jimat Ruang, Duit & Masa. Bahan Pun Tetap Segar. Ini Rahsianya!

Perasan tak, sayuran atau barang basah yang disimpan dalam peti sejuk, lama-lama akan menyebabkan ia layu dan berbau. Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, pasti ini mendatangkan masalah kan. Lebih -lebih lagi bagi yang nak jimatkan ruang.
Sebenarnya ada cara untuk atasi masalah ini dengan menggunakan plastik kedap Perkongsian ini dimuat naik oleh Tisam Ibrahim
Memanjangkan pahala ahli MAHN yg sudi ajar cara simpan barang basah dapur. Cara ni sy dah praktik spnjg PKP dan mmg terbukti dpt jimat duit, tak perlu pergi pasar byk kali dan menjimatkan ruang peti sejuk.
Ni rahsia dia. Ziplock bag. Berbaloi melabur beli ni. Perlu ada at least 2 size. Sy ada 3 saiz. Yg xde dlm gambar saiz L. Lupa nak ambik gambar. Dulu2 sy guna mangkuk aiskrim, mangkuk plastik jernih, bekas Ikea. Semua tak efisien sbb byk makan space. Pakai ziplock jimat ruang. Boleh basuh, lap, guna semula. Hanya buang bila dah bocor. Spjg PKP ni sy br buang 2 helai sbb kene sirip ikan.
Rahsia kedua; sapu tangan. Sapu tgn murah2 je kat kedai Mr DIY/Eco tu. Wajib guna utk alas dlm ziplock sayur2. Tujuannya utk serap lembapan. Air tu yg rosakkan sayur kita. Dulu2 sy guna tisu/kitchen towel tp tidak cost effective. Pakai sapu tgn boleh basuh dan guna semula. Yg ni sy pakai ziplock L.
Broccoli, celery, cauliflower potong2 dulu utk muatkan dlm ziplock. Jgn basuh. Kalau nak basuh pun, lap dulu sayur2 baru masuk ziplock. Tp sy x rajin. Nanti nak masak baru cuci sayur tu. Dlm gambar ni, broccoli dan celery tu dah seminggu lebih dlm fridge. Ni ziplock M.
Sayur berdaun pun sama. Petik2/potong2 dulu. Buang akar. Jgn basuh. Alas sapu tgn dlm ziplock dan simpan sayur. Sy dah buat dgn kangkung, bayam, sawi. Pernah sy simpan hampir 2 minggu. Masih elok tak rosak. Sayur berdaun sesuai dlm ziplock saiz L.
Kedai acheh jual pandan serumpun. Serumpun tu jugak boleh masuk dlm ziplock L. Senang. Jgn lupa alas sapu tgn juga.
Ni petua sy dpt dr group MAHN utk bg cili masak dan cili api tak kecut.
1. Buang tangkai cili.
2. Letak 3-4 ulas bwg putih
Mmg berkesan. Cili2 ni dah 2 minggu lebih bertahan.
Pantang tomato ialah jgn dibiarkan bergolek2. Alas dgn sapu tangan baru simpan tomato. Boleh guna cara ini utk limau dan lemon.
Daun sup, daun bawang, daun kari, daun limau purut, daun ketumbar dan daun kunyit yg kita paling membazir tiap kali memasak sbb kene beli byk tp guna sikit je. Boleh simpan lps ni. Berbeza dgn sayur2 sblm ni, yg ni kene cuci dulu. Cuci bersih2, potong, masuk ziplock S dan masuk FREEZER. Tak perlu alas sapu tangan.
Semua kacang2 masuk dlm ziplock. Yg ini org dah biasa buat.
Tips utk makanan basah; guna ziplock yg agk tebal. Ada ziplock khas utk freeze tp mahal. Guna yg biasa pun boleh cuma cari yg tebal. Tos dulu makanan basah baru masuk ziplock. Tak payah sapu tgn ye
Sama jugak. Dah guna nanti, basuh ziplock dgn sabun bersih2, lap dan guna semula selagi tidak bocor.
Cara susun
Susun semua ziplock secara menegak utk jimat ruang dan senang utk cari bahan masak.
Susun ziplock dlm freezer secara menegak. Bila dah keras, baru baringkan dan stack up. Jimat ruang.
Apa2 sayur akar/rhizome, cuci bersih dan rendam dlm air. Simpan dlm botol air/jar mcm ni. Tiap kali ambil utk guna sikit, ganti air. Yg kunyit tu dah 3 minggu lebih. Serai pulak dlm 2 minggu.
Susun ziplock secara mendatar dulu. Bila makanan dah beku, baru tegakkan. Jimat space dlm freezer.
Selepas disimpan
Dah lebih 2 minggu dlm freezer.
Dah lebih 3 minggu dlm freezer. Masih elok. Bila ditumis keluar bau kari mcm biasa.
Yg ni daun sup. Baru simpan dlm 4 hari.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Mudah Je Nak Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Isi Manis, Banyak Ulasnya & Sedap Pula Tu. Baru Berbaloi Beli!

Selain durian, rambutan dan manggis, cempedak juga antara buah yang menjadi kegemaran ramai. Setiap kali tiba musim buah ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli. Bagi yang memiliki dusun pasti ini menyeronokkan. Boleh menambahkan pendapatan sampingan hasil jualan buah ini.
Bagi anda yang gemarkan buah cempedak, tetapi mungkin ada yang tak tahu cara pilih cempedak yang betul.
Ini antara tips yang dapat membantu kita memilih cempedak yang elok dan banyak isinya.
5 CARA PILIH CEMPEDAK YANG BAGUS, MANIS & BANYAK ISI
1. TENGOK ‘MATA’/ DURI KULIT
Antara pesan paling popular yang mak-mak kita pesan ialah kena perhati pada kulitnya. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak.
Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.
2. TEKAN KULIT RASA ISI DALAM
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. WARNA KEKUNINGAN, TANGKAI COKLAT
Kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuningnya nampak lebih dominan.
Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.
Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
4. BAU AROMA MENYENGAT
Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.
Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.
Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!
5. YANG BERAT LEBIH SELAMAT
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.
Jangan sebab nak murah, anda pilih cempedak yang kecil atau lebih ringan. Untuk selamat pilih buah yang berat kerana ini menunjukkan ia banyak isi.

KULIT CEMPEDAK PUN BOLEH MAKAN
Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan.
Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.
Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.
Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Sumber: Sirap Limau