Mungkin bagi sesetengah orang, penyediaan mi kari ni agak leceh kerana banyak bahan yang digunakan. Termasuklah bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, namun kepelbagaian bahan itulah yang menariknya tentang menu yang satu ini.
Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Bagi ibu-ibu yang nak cuba sendiri, bolehlah tiru resipi ini. Rahsia kuah sedap dan pekat adalah dengan kisar udang kering. Kuahnya lebih enak dan harum.
Mee Kari Special
Bahan:
Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng dan hiris)
Fishcake (goreng dan hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun boleh
Bahan kuah:
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2 biji bawang merah besar *
3 biji bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 kiub pati ayam
Cara:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
Anak Baru 12 Hari, Sheikh Muszaphar Dah Latih meniarap Cara Tummy Time. Bagus Rupanya Cara Ni!
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Terbaru, Sheikh Muszapahr mempraktikkan kaedah Tummy Time kepada anak kembarnya. Menurutnya, ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan Tummy Time sebaik dilahirkan. Aktiviti ini boleh menguatkan bahagian belakang dan juga leher bayi.
Tambahnya, Eusoff sudah mula melakukan Tummy Time sebaik sahaja tali pusat ditanggalkan dan melakukannya 3 kali sehari, setiap satu minit setiap hari.
Jelasnya, dia juga melihat hasil yang luar biasa pada anak-anaknya yang terdahulu dengan melakukan perkara yang sama dan mengharapkan dapat memberikan kesan positif kepada Eusoff dan Emilia.Memang hebat!
Video – Eusoff Tummytime Day 12
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018 & drsheikhmuszaphar
Rupanya Cara Belajar Ikut Karakter Anak. Ketahui Tips Berguna Untuk Bantu Cemerlang Akademik.
Bergelar ibu bapa, kadang-kala kita tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Sudah pasti setiap ibu baga ingin cahayamata kita menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran. Lantaran itu, kita sanggup berhabis wang ringgit menyediakan kelas tambahan buat anak.
Namun, setiap anak punya karektor tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
Ingin tahu lanjut, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Kena faham personaliti anak
Kalau ada anak yang masih belajar, tolong baca dan fahami ilmu ni.
Cara anak belajar sebenarnya berbeza beza bergantung kepada karakter & personaliti anak kita.
Mereka boleh je belajar macam biasa tapi kalau kena cara dan mengikut karakter & personaliti anak kita maka ilmu yang dibaca tu akan lebih cepat diserap & lebih berkesan untuk anak kita. Barulah mereka senang skor exam dan mudah faham apa dia belajar.
KATEGORI ANAK IKUT FOKUS PEMBELAJARAN
– Ada anak fokusnya pendek. Kena banyak belajar di luar kelas dan buat banyak aktiviti
– Ada anak fokusnya panjang. Boleh bagi dalam bentuk jadual yang ada timeline supaya dia boleh bersiap sedia
– Ada anak yang jenis competitive. Mereka suka nak menang dan suka dipuji. Mereka akan perform kalau boleh berlawan dengan orang lain.
– Ada anak yang family style focus. Dia akan cepat serap ilmu yang dia pelajari kalau dia belajar dalam study group
– Ada anak suka belajar dalam keadaan semuanya teratur dan kemas. Kalau tempat belajarnya tak kemas memang dia jadi tak boleh fokus
– Ada anak yang jenis paling hebat belajar bila dia diberitahu yang dia akan jadi contoh pada pelajar yang lain.
InsyaAllah bila cara belajar ni sesuai dengan karakter & personaliti anak kita maka jangan pelik kalau tiba tiba anak kita jadi hebat dan minat belajar.
Mungkin selama ni bukan anak kita taknak skor peperiksaan dan kelihatan malas cuma mungkin cara anak kita belajar tu tak kena dan tak matching dengan karakter dan personaliti mereka.
kenali-Anak
Nota kaki : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing masing juga ya supaya mereka pun boleh sama sama fikirkan tentang pendidikan anak anak
Sumber: Taufiq Razif
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
DIY Face Mist Guna Timun Jer Bantu Masalah Kulit Jerawat & Sunburn. Mudah, Murah & Jimat!
Kulit wajah berjerawat, banyak terdedah pada cahaya matahari menyebabkan kulit sunburn? Apa kata ibu-ibu cuba buat face mist menggunakan timun.
Tip cantik ini dikongsikan oleh Tengku Wdec yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah. Jom cuba!
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri.
Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag.
Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Jangan lupe share ok👌💗
Cara membuat:
1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
Tip Cantik:
Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
#sharing #tipscantiktengku
Sumber: Tengku Wdec
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club