
Mungkin bagi sesetengah orang, penyediaan mi kari ni agak leceh kerana banyak bahan yang digunakan. Termasuklah bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, namun kepelbagaian bahan itulah yang menariknya tentang menu yang satu ini.
Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Bagi ibu-ibu yang nak cuba sendiri, bolehlah tiru resipi ini. Rahsia kuah sedap dan pekat adalah dengan kisar udang kering. Kuahnya lebih enak dan harum.
Mee Kari Special
Bahan:
Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng dan hiris)
Fishcake (goreng dan hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun boleh
Bahan kuah:
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2 biji bawang merah besar *
3 biji bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 kiub pati ayam
Cara:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
Rupanya Tak Boleh Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Ni Pesan Elak Risiko Sawan

Kebiasaannya, apabila anak-anak demam yang paling risau pastinya ibu-ibu kan. Hati jadi tak tenang lebih-lebih lagi mendengar anak merengek disebabkan rasa tidak selesa badan.
Selain memberikan ubat, apa yang ibu-ibu selalu lakukan adalah membasahkan tuala lalu diletakkan atas dahi kononnya untuk mengurangkan haba panas.

Macam-macam cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan demam anak-anak kebah. Namun, doktor ini berkongsi kenapa tidak digalakkan memakai tuala basah apabila anak-anak demam.
Dikenali dengan nama Dr Man menerusi platform tiktok, doktor ini memberitahu terdapat dua sebab:
1. Haba panas akan terperangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba itu untuk keluar dari badan.
2. Kalau pakai pun tidak tahan lama kerana anak-anak akan buang atau tepis disebabkan tidak selesa.
Menurut Dr Man lagi, kaedah yang paling efektif untuk mengeluarkan haba daripada badan adalah dengan ‘jerlum’air di kepala anak-anak.
Kaedah ini mudah dan anak-anak pun tidak akan elak.

Tambahnya lagi, kaedah jerlum ini dapat buang haba dari kepala serta menghalang sawan tarik.
Basahkan kepala sehingga ketiak setiap lima minit tetapi pastikan tidak kena pada tangan dan kaki kerana akan menggigil.

Ibu-ibu juga boleh mandikan anak-anak selepas di jerlum dan ubat dah jalan. Selepas dua jam dan badan dah sejuk, barulah dimandikan anak-anak.
Watch on TikTok
Sumber: Klinikttdi_sgbesi
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Tambah Ilmu Cara Simpan Pelbagai Bahan Masakan Kekal Segar. Info Terbaik!

Alangkah bagusnya bila kita mengetahui ada cara dan petua untuk pastikan bukan sahaja sayur-sayuran yang dibeli bertahan lama apabila disimpan, malah ada cara juga untuk simpan halia, daun sup, cili, bawang, kentang dan sebagainya.
Jadi dapatlah dijadikan stok dan tidaklah perlu membeli bahan-bahan masakan tersebut setiap hari untuk pastikan kesegarannya terjamin. Untuk itu, ini dikongsikan oleh Azlin Safena Azihar di akaun fbnya. Perkongsian yang sungguh bermanfaat, jom semak.
“Ni cara kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ni paling mudah dan bagus.”–Azlin Safena.
SAYUR-SAYURAN
Step 1 : Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.
Kalau sayur kangkung atau bayam, boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain sebab bayam atau kangkung berpasir. Tak perlu potong pun akar dia, potong masa kita nak guna je.Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.
Step 2 : Campurkan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita itu.
Tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
Step 3 : Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
Step 4 : Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.
LENGKUAS & SERAI
Untuk lengkuas dan serai yang kak feena jarang guna ni, akak simpan dalam balang yang diisi air. Isi air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.
DAUN SUP
Untuk daun sup, akak simpan dalam botol air je tapi kalau tak ada boleh guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Simpan di dalam peti sejuk. Cara akak simpan daun sup ni, in sha allah boleh bertahan sampai sebulan.
TOMATO
Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.
BAWANG & KENTANG
Jangan simpan bawang bersama kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.
CILI MERAH & CILI HIJAU
Sebelum simpan cili merah dan cili hijau di dalam peti ais, cabut terlebih dahulu tangkainya. Sebab tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi selepas patahkan tangkai, wrapkan dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.
Ayah Lumpuh, Mama Minor Strok & Kini Sekelip Mata, Adik Disahkan Kanser Tahap 4!

Perkongsian daripada seorang kakak berkenaan adiknya yang berusia 24 tahun dan kini sedang bertarung dengan kanser cukup menyentuh hati. Redo dengan ketentuan Ilahi, keluarga ini terus bangkit memberi semangat dan tidak putus doa disandarkan pada Ilahi agar adiknya itu tabah dan sabar melawan kanser.
Lalu, terpanggil untuk Keluarga.my berkongsi kisah keluarga ini dan diharapkan kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua yang kini sedang berjuang seperti mana saudara Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ini.
Dan ini perkongsian di akaun fb milik kakaknya Nur Arimi Suhada.
Keluarga kami antara yang terpilih untuk ujian ni .Siapa sangka doktor cakap ayah 50/50 makin sihat dan adik yang sihat tetiba sakit . Aturan Allah hebat.
Ayah – 12 tahun lepas ayah jatuh sakit lumpuh separuh badan sebelah kanan akibat kuman block saluran darah selepas cabut gigi. Doktor cakap harapan ayah hanya 50/50 sebab dia tak kenal orang, semua tak boleh . Dunia kami gelap seketika waktu itu. Tapi ayah kuat, dia tak pernah mengalah. Dalam masa setahun dia banyak perubahan, sekarang dia sihat dah, Alhamdulillah.
Mama – 5 Tahun lepas Mama pulak sakit dimasukkan ke hospital . Diserang minor strok. Alhamdulillah tak teruk sangat, sikit-sikit mama dah boleh pulih . Tapi ujian tak sampai situ je , mama pulak jatuh dan kaki dia retak . Mula-mula doktor kata boleh simen pastu akan elok tapi sebabkan mama ada kencing manis tulang tempat retak tu hancur. Orang kencing manis ni tulang dia rapuh, dah 3 kali masuk hospital nak masuk besi tapi semua cancel sebab ada masalah jantung laju. Sampai la sekarang mama kekal menggunakan kerusi roda dan masih berulang alik hopsital untuk checkup.
Adik -Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ,24 tahun – Tahun ni adik pula. Ramai tanya tanda-tanda dia. Dia dah lama sakit dari tahun lepas tapi dia ingatkan sakit biasa tak nak check di hospital. Tapi Rabu lepas dia tak tahan sangat dah, jadi dia mintak kami bawa dia ke hospital. Terus doktor sahkan dia mengidap kanser tahap 4 . Semua berlaku dengan cepat, kami masih lagi tak percaya . Tapi tu adalah semua ujian Allah. Kami redha. InsyAllah kami kena kuat .
Alhamdulillah dia sekarang kurang rasa down , sebab ada support dari kami sekeluarga. Ramai bagi kata-kata semangat, bagi dia happy . Esok insyAllah dia akan ke HKL balik untuk chemo sesi ke dua . Dia ade 4 sesi chemo di KL dan Ipoh .
Imbas kembali
Tanda-tanda yang adik alami, dia macam angin pasang tapi dia mengeras . Kalau angin pasang sebab lebihan lendir, tapi adik dia tak. Dia mengeras dan makin besar bahagia yang sakit tu. Kami berubat cara kampung, dua tiga tempat kami pergi, tapi tak baik-baik. Dia tak nak check ke klinik atau hospital. Setahun lebih dia sakit, kejap ok kejap tak.
Adik tak suka bercerita yang dia sakit, lagi pun sebab dia kerja, duduk rumah lain. Kami sekeluarga tidak tahu tahap kesihatannya. Pun begitu, sekali sekala tu kawan dia ada call bagi tahu yang dia tak sihat sampai pucat-pucat. Makan ubat tahan sakit lepas tu ok balik. Sampai la tahap dia tak boleh jalan, lepas tu pakcik sedara HA klinik 1malaysia datang nasihat dia minta ke hospital dengan segera.
Berlaku sekelip mata
Pada 9 Januari masuk kecemasan, 10 Januari dapat pengesahan adik ada kanser dan pada 11 Januari terus transfer ke HKL.
Hari yang pertama di kecemasan doktor dah suspect cancer tapi tak pasti tahap berapa. Lepas tu, esoknya doktor bagi tau dia cancer tapi tak bagi tahu stage berapa. Dia call minta datang ke hospital sebab doktor pakar semua nak jumpa kami . Doktor kata sel kanser dalam badan dia dah merebak ke injap paru-paru dan paru.
Jadi kena cepat chemo dan transfer ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sekeluarga terdiam menangis rasa dunia gelap sekejap . Sampai KL selepas buat pemeriksaan penuh, baru tahu adik kini stage 4. Cancer dia germinal cell tumor.
Dia down,menangis hari-hari dan saya hari-hari bagi tahu dia yang ramai doakan dia. Ramai nak dia sihat, sejak dia balik minggu lepas saya banyak bagi dia happy ,bergurau bagi dia lupa kesakitan dia.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Sungguh besar dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini dan didoakan agar Muhammad Syalihin terus tabah dan kuat melawan penyakit kansernya itu. Teruslah berusaha dan bergantung harap pada Allah agar ada kesembuhan untuknya nanti…Amin Ya Rabb!
sumber : Nur Arimi Suhada Bakar