Hidangan lontong tidak dinafikan turut menjadi antara menu istimewa di Hari Raya yang enak dimakan. Kepekatan kuah lodeh dan dipadukan pula dengan rasa sambal bilis memberi rasa yang sempurna.
Menyediakan menu ini juga tidak sukar, kata orang main campak-campak pun jadi. Namun jika hendak benar-benar sedap kenalah cukup ramuannya.
Ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Ukhti Irani
dan bolehlah dijadikan panduan untuk anda sediakan lontong istimewa di Hari Raya nanti. Selamat mencuba.Bahan-bahan kuah lemak lontong :
1/4 biji kubis
1 batang carrot – potong panjang
9 batang kacang panjang
1 ikat soo hoon
1 keping fucuk – potong panjang
1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
1/2 biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan kisar :
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Cara-caranya:
1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2) Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club