Apabila mendirikan rumah tangga, selain perlu saling melengkapi dengan pasangan, sudah tentunya perlu menjaga hubungan yang baik dengan mertua.
Sudah tentu ada cabarannya untuk mengambil hati mertua. Apabila berjaya memenangi hatinya, sudah pasti menjadi menantu kesayangan.
Namun setiap kita ada kelemahan diri. Sebagaimana perkongsian wanita ini, yang mengakui dirinya seorang yang pendiam (introvert), tidak pandai untuk berbual-bual santai dengan mertua. Namun dia tetap cuba menambat hati mertuanya dengan cara tersendiri.
Bukan untuk menabik dada namun sekadar berkongsi bahawa menghargai mertuanya dengan membeli barang keperluan rumah termasuk membeli barang kemas. Katanya begitulah cara untuk memastikan hubungan baik dengan mertua.
Apa yang pasti, apa jua layanan yang diberi tujuan tetap sama untuk menghargai dan sayangi mertua sebagaimana kita lakukan kepada ibu bapa kita.
Jom kita lihat perkongsian ini.
Ku tak rapat pun dengan mertua , biasa-biasa je. sebab sikap introvert ni bukan di buat-buat pun. Bukan takleh nak paksa tapi bila paksa jadi stress sendiri. so aku pilih jadi diri aku sendiri je.
Aku tak banyak bercakap. dengan ipaq duai pun leh kira dengan jari aku bercakap. Kalau dulu dengan abg ipaq ( abg papajul ), SSetahun sekali pun aku tak bercakap. Aku rasa macam tak pernah bercakap pun sepanjang 7 tahun,dengan isteri dia aku cakap laaaa.
Jadi diri sendiri
So aku jadi diri sendiri je. buat apa nak push diri untuk jadi tak selesa. Nak hidup dengan mak mertua lama lagi kan. Sampai akhir hayat nak kena tempuhi. Aku banyak diam je
Ads
Aku takde tiba pergi kat mak, “ makkkk mak sihat smbil picit-picit kaki “ Aku memang bukan menantu macam tu. Aku pun tak tau apa mak mertua aku fikir tapi aku selalu fikir aku ni menantu tak guna jela.
Apa aku leh wat , aku tak pandai nAk mesra-mesra dengan orang. Tak pandai nak borak apa.
Akui kelemahan diri
Mula-mula kawin dulu ,aku tak langsung paez tinggal aku. Aku nangis kalau paez tInggal aku , sebab aku tak tau nak borak apa , menjadi tekanan untuk aku. Mamybe bagi orang lain mengada dan galak. Tapi tu lah hakikat.
Mak duk kat dapur aku duduk jela. Takde aku borak pun. “ makkk pi pasar mana tadi ? “ “ makkk sayur segar naaa “ “ makk market dpn tu bukaa tak “ takde.
Aku tak pernah bercakap-cakap macam tu. Selalu aku dgr je abah cakap apa ,mak ckap pe sahut skit2 ,gelak skit2. Pastu aku blah dok ruang tamu sorang-sorang.
Rumah mak paez banyak novel. Aku baca la novel sorang-sorang. Kalau ada paez aku ajak la paez teman borak. Kalau naik kereta sama2 pun. Aku diam je , paez yang borak banyak. Macam tu jela.
Ads
Aku jadi diri sendiri. Aku tak pernah pun tolong mak mertua aku masak kat dapur bukan aku tak reti masak ,kek , kuih , masakan2 smua aku reti masak. Kat umah ni paez nak makan apa aku masak. Aku tak pandai nak ala-ala pi tolong.
Selalu minta maaf, doa dan beri hadiah pada mertua
Tu aku cakap aku ni menantu hantuuuuuuu. Kalau mak datang umah ,aku masak sehari 3 kali aku masak tapi aku kurang je bercakap. Aku pun takleh watpe dengan diri aku dari aku stress balik umah mertua. Baik aku jadi diri sendiri ,so aku tak stress.
Dan asbab sikap buruk ni, aku selalu je minta maaf kat mertua. Minta maaf sangat mak , syukur jugak. Mak aku tak pernah cakap apa-apa. Tapi tak tau la hati dia macam ne , maaf ye makkk.
Dan aku selalu minta doa kat mak-mak aku mak ,mak papajul dan mak paez dan semoga dengan rezeki Allah bagi mungkin aku tak boleh nak senangkan hati dengan sikap aku yang buruk ni.
Tapi aku leh memberi dengan hadiah jelah, tukar langsir mak, tukar sofa mak tukar kapet mak, beli mak emas sikit-sikit, bagi tudung telekung.
Ads
Tu jela aku leh buat , untuk senang kan hati dengan sikap aku betul-betul minta maaf. Nanti aku rasa kalau aku ada menantu. Menantu aku lak heran ,kenapa la mak mertua aku ni diam je.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengorbanan guru mendidik kita tanpa jemu tidak akan pernah terbalas, justeru mereka perlu dihargai sebaik mungkin.
Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang.
Bagi pelajar itu sendiri sudah tentu ia memberi impak kepada dirinya. Pasti jaga guru akan dikenang bila-bila.
Begitulah yang berlaku kepada seorang pelajar yang sebak melihat gurunya hidup susah hingga terpaksa tinggal dalam sebuah kereta.
Seorang guru ganti menerima hadiah hari jadi istimewa daripada anak muridnya, cek benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200).
Jose Villarruel, 77, tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu, berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu.Dia menamatkan khidmatnya selepas sekolah melaksanakan pengajian secara dalam talian (online) awal tahun lalu.
Anak muridnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V, lapor fox29.com.Dia terserempak dengan Villarruel minggu lalu dan masih mengenalinya.
“Saya selalu nampak dia dan itu membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang.
“Saya sangat terkesan dengan wabak ini dan bagaimana ia menyebabkan seorang guru tidak mempunyai pekerjaan.
“Sangat menyedihkan apabila melihat guru anda sendiri yang melaluinya sehingga hanya membuat anda ingin membantu lebih banyak lagi,” katanya.
Nava pada mulanya memberi Villarruel AS$300 (kira-kira RM1,235) dan kemudian memutuskan untuk mencari dana melalui GoFundMe bagi membantu Villarruel dapat menjalani hidupnya semula.
Dia berkongsi di semua platform media sosial, dan menjadi tular di TikTok dengan lebih daripada 1.7 juta tontonan.
“Kuasa media sosial sangat luas dan ada ketikanya kita perlu menggunakannya untuk kebaikan, bukan sebaliknya,” katanya
Sumber: Harian metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Malang tidak berbau. Anak perempuan pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya selepas tersepit pada rim basikal.
Hal itu turut dikongsikan oleh suami Yana, Fadzil Zahari yang berkongsi hal itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi posting di Instagram, Fadzil berkata, dia segera membawa anaknya, Aisy Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius.
“Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadi stunt girl ke?
“Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah,” kongsinya.
Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini turut memberitahu dia perlu membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki.
“Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital.
“Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan,” katanya.
Semoga Aisy Sofea cepat-cepat sembuh dan kembali ceria bersama abangnya.
Terdahulu, Yana dan suami dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Nak cantik dalam masa yang pantas memang bukannya senang. Selain harus menjaga disiplin diri, hati kena kuat. Lebih-lebih bagi seorang wanita bergelar ibu.
Mana tidaknya, menguruskan anak serta mempersiapkan segala urusan rumah tangga memaksa wanita lebih cergas dan soal berdiet, adakalanya wanita terlepas pandang.
Macam mana ibu yang berdiet kalau sentiasa menyediakan juadah yang enak buat suami dan anak-anak. Ibu pun akan turut sekali makan dengan berseleranya. Sudahnya diet entah ke mana. Tak gitu?
Walaupun sukar untuk berdiet, menjaga pemakanan yang sihat adalah yang perlu wanita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan sekaligus tampil cantik. Soalnya bagaimana?
Amal Detoks
Seharian makan bermacam-macam jenis makanan, ada baiknya anda lakukan detoks pada keesokkan paginya. Lemon dan buah-buahan sitrus lain antara yang patut anda amalkan.
Hiris kesemua buah di malam hari dan simpan di dalam peti sejuk. Minum keesokan harinya dan ulang setiap pagi. Mudah bukan?
Air Serai Kunyit
Air campuran herba memang baik untuk kita amalkan setiap hari. Bagi wanita, amalan air rebusan kunyit dan serai yang direnehkan bersama sedikit madu atau gula perang adalah minuman terbaik untuk dalaman wanita. Kena amalkan!
Campuran Air Timun
Kalau tak mampu berdiet sekurang-kurangnya wanita kena elakkan makan snek ringan. Apabila rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun.
Kisar sendiri dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini bukan hanya hilangkan rasa lapar tetapi baik untuk kesihatan.
Tolak Tepi Makanan Proses
Selain snek, elakkan sama sekali mengambil makanan berproses dengan kerap. Mungkin sesekali makan burger dari kedai makanan segera memadai.
Janganlah setiap minggu. Kalau di rumah pula jangan dibeli stok makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya. Elakkan!
Kapur vs Limau Nipis
Sesekali kalau anda rajin, sapukanlah adunan limau nipis dan kapur sirih yang diadunkan hingga sebati. Sapukan pada perut dan amalkan petua ini. Kalau rajin usaha insyaallah perut akan rata dan cantik seperti yang kita mahu. Jadi kenalah rajin.
Teh Halba
Petua amalan menggunakan air teh halba ini cukup baik untuk kesihatan. Jadi cubalah amalkan air rebusan ini bersama sedikit limau nipis. Tambahkan sedikit madu jika suka. Sihat luar dalam. Confirm cantik!
Selain amalan petua moden dan tradisional ini, menjaga penampilan adalah perkara yang wajib dilakukan oleh semua wanita. Biar baju tidak sentiasa berganti baru asalkan penampilan nampak kemas setiap masa. Bijak mengenakan suai padan pakaian serta kenakanlah sedikit solekan nipis ke wajah.
Tampil cantik bukan hanya untuk kita rasa lebih yakin tetapi juga untuk kerukunan rumah tangga. Cantik luar dan dalam pastinya buat suami suka!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.