Berkenalan sejak di bangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Terbaru, pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-12. dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Ajak memuat naik satu video mengenai detik perkenalan dengan isteri tercinta sejak di bangku sekolah lagi.
Aku budak nakal
Aku budak nakal yang selalu kena cabar dengan awek dia. Budak nakal yang selalu kena bebel dengan awek dia. Budak nakal yang kena paksa belajar matematik. Alhamdullilah, sampai sekarang awek tu juga lah yang selalu berada di belakang dia.
Awek tu juga lah yang masih bebel dia. Awek tu juga lah yang jaga akaun duit dia. Aku harap sampai aku tutup mata, aku tetap dengan awek yang sama. Doakan keluarga kami terus bahagia. Selamat Ulang tahun sayang.
Dalam video tersebut, Afifah dilihat membuat panggilan video sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sambil bertanyakan kepada suaminya mengenai berapa tahun mereka sudah mengenali antara satu sama dan berapa tahun mereka sudah mendirikan rumah tangga.
Siapa sangka akhirnya, perkenalan tersebut membawa pasangan ini ke jenjang perkahwinan dan kini dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara itu, Afifah turut berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami, seorang sahabat dan seorang bapa yang sangat baik dan penyayang buat dirinya dan anak-anak.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan doa semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal buat selama-lamanya.
Terima kasih ya Allah. Kau ciptakan dia untukku. Kau ciptakan aku untuk dia. Berkenalan, berkahwin dan berumah tangga. Buat hidup aku lebih bermakna. Tamaknya aku, aku inginkan lebih daripada itu.
Ku inginkan dia sehingga menutup mata. Sehingga ketemu di syurga menjadi bidadarinya di sana. Terima kasih sayang atas segalanya. Kuat cinta kamu begitu juga aku. Kuat kasih kamu begitu juga aku. Doaku, kuat hubungan kita selamanya. Amin.
Sumber: Ajak Shiro & Afifah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club