Masih berfikir-fikir, kudapan yang sesuai untuk disajikan kepada anak-anak.Boleh juga cuba buat sendiri kudapan ringan yang menjadi viral sebelum ini.
Sementelah kita pun bukan lah rajin dan pandai sangat nak buat biskut atau kuih,apa kata cuba resipi popia stick yang rangup dan senang nak buat ni. Bukan sahaja budak-budak, orang tua pun pasti suka rasa dan kerangupannya yang krup krap krup krap.
Mesti tak sedar dah habis sebalang. Jom kita cuba buat dulu.
Bahan-Bahan:
Kulit Popia (dipotong jadi 6 bahagian)
Minyak Masak
Coklat Masakan (Beryl's/Le bourne atau Selborne)
Nestum
Cara Membuat:
1. Gulung kulit popia yang telah dipotong dengan kemas dan sapukan air pada bahagian hujungnya untuk mengelakkan kulit popia terbuka.
2.Rehatkan gulungan popia sebentar agar ia keras sedikit supaya mengekalkan bentuk gulungan tadi.
3.Gorengkan ia didalam api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan, biarkan ia sejuk seketika.
4.Double boil coklat masakan ikut pilihan jenama yang disukai.
5.Celup gulungan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.
6.Kemudian salut pula dengan nestum.
7.Biarkan ia keras seketika dan masukkan didalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk seketika.
Selamat Mencuba!
Kredit: Humaira Harith
Bantu Anak Buat Pilihan Minum Minuman Sihat & Berkhasiat Dengan Cara Mudah Ni. Pasti Anak Suka & Ibu Ayah Puas Hati!
Umum mengetahui sebagai ibu ayah kita begitu ambil berat tentang setiap apa yang anak-anak kita makan. Kita percaya, dengan pengambilan pemakanan yang seimbang, kaya nutrien, berkhasiat akan dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk anak-anak membesar dengan sihat dan pintar.
Pun begitu jangan sesekali terlupa terdapat juga minuman berkhasiat untuk kanak-kanak yang boleh diberikan sepanjang tempoh mereka membesar. Umpamanya minuman berasaskan jus buah-buahan, susu, soya dan pelbagai lagi. Minuman-minuman ini pada hakikatnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak dengan membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang, tenaga dan mineral yang diperlukan untuk sistem imun.
Oleh itu,ibu dan ayah perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan pengambilan makanan dan minuman yang sihat kepada anak-anak. Memandangkan segala aspek pengamalan gaya hidup dan pengambilan makanan sihat kepada anak-anak dapat dibentuk oleh ibu ayah semenjak awal lagi.
Produk Minuman Terbaharu Yang Sihat & Digemari
Ibu ayah perlu bijak dalam memilih rangkaian produk minuman berkhasiat untuk anak-anak. Selain meneliti khasiat dan kandungan bahan-bahan yang digunakan, pastikan juga ianya digemari oleh anak-anak agar mereka gembira dan seronok menikmati minuman yang diberikan. Ini seperti produk minuman BeauKids Aafiyah Nutri-Jelly Drink iaitu produk minuman jeli yang mempunyai rasa puri strawberi yang sebenar. Tentu sahaja anak-anak menggemari rasanya.
Baru-baru ini BeauSiti X WonderLab telah melancarkan rangkaian produk minuman iaitu BeauKids, yang memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat melalui minuman berkahsiat dengan tagline produk; Lebih Lazat! Lebih Berkhasiat!
Produk pertamanya yang diperkenalkan di bawah BeauKids ini cukup istimewa bukan sahaja kerana khasiat yang terkandung di dalamnya malah minuman jeli ini mempunyai rasa yang cukup digemari oleh kanak-kanak dan boleh diminum menggunakan straw bagi kanak-kanak. Jika tidak, masakan Datuk Sri Siti Nurhaliza berkata, “Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka!”
Minuman Jeli Berkhasiat Khas Untuk Kanak-kanak
Bercerita lanjut tentang Minuman Jeli Berkahsiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab (Aafiyah Nutri-Jelly Drink from BeauKids by BeauSiti X WonderLab), selain diperbuat daripada puri strawberi yang sebenar, minuman istimewa ini digandakan khasiatnya dengan multivitamin seperti vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan.
Tidak dengan itu, jika ibu ayah memilih untuk memberikan Minuman Jeli Berkahsiat BeauKids Aafiyah ini kepada anak-anak, ia juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak serta dapat meningkatkan sistem imun badan.
Harga yang ditawarkan di pasaran juga adalah terbaik, hanya RM59.00 sekotak sahaja (sekotak mempunyai 10 pek minuman berkhasiat). Bahkan dengan setiap pembelian Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab ini turut ditawarkan dengan berus gigi Aafiyah yang direka khas secara PERCUMA.
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda dapatkan terlebih dahulu produk minuman berkhasiat ini dan beri peluang untuk anak anda mencuba rasa dan menikmati khasiatnya sepanjang proses mereka membesar.
Untuk maklumat lanjut, di sini.
Website: www.wonderlab.com.my
Facebook: WonderLabOfficial
Instagram: WonderLabOfficial
Jangan Buang Roti Berlebihan! Puding Roti Butter Bakar, Sajian Lengkap Untuk Keluarga
Roti merupakan antara menu yang sangat sesuai untuk para ibu atau bapa yang sibuk bekerja atau mahukan sajian pantas. Selain daripada makan bersama jem buah-buahan atau coklat, mari cuba resipi yang kami kongsikan ini.
puding roti butter versi bakar yang dikongsikan oleh Syazwany Bakri ini kerana ianya sangat lembut, lemak dan berkrim lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama sos kastard yang enak. Jadi, jika anda ada roti yang berlebihan di rumah bolehlah cuba resipi ini.
Puding Roti Butter (versi bakar)
Bahan-Bahan:
- Roti gardenia pek bonanza
- Susu segar/full cream 3/4cawan
- Telur A 3/4biji
- Gula 3-4sdb (gula ejas tahap manis yg nk)
- Esen vanila
- Butter 3-4sdb (saya cairkan)
- Topping blh letak mix fruits/kacang2/coklat chip
Cara-Cara:
– Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla pukul guna whisk je.
– Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah dicairkan tadi kacau-kacau sikit.
– Roti 3 keping setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata, tekan2 sikit guna spatula bagi meresap.
– Tabur topping di atas, kemudian bakar 30-40 minit suhu 150-170 (ikut oven masing-masing ye)
Sos Kastard
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu cair
- 2sdb tepung kastard
- 1/2 cawan air
- 3-4sdb gula (yang ni ikut tahap manis yang nak)
- Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit)
Cara-Cara:
– Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan masak atas api sehingga pekat.
Info Tambahan:
– Kalau guna roti bonanza 1 bungkus tu boleh dpt 6 bekas kecik (kalau nak buat 2 bekas saja blh buat 1cawan susu,1/2 biji telur)
– Size 10” roti bonanza 1 bungkus (adunan 4 cawan susu, telur saya slalu lebihkan sebiji)
– Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (adunan 3 cawan susu, telur pun saya lebihkan sebiji)
– butter kalau tak nak cairkan boleh sapu pada setiap roti. Saya malas nak sapu satu-satu saya tuang terus yang cairkan senang (sos kastard kalau nak lebih gandakan-gandakan ye)
Sumber: Syazwany Bakri
Mee Celup Ala Thai, Makan Semangkuk Berpeluh Dahi. Memang Padu Rasanya!
Hidangan mee celup cukup popular di sekitar Kelantan dan Siam. Kalau berkesempatan ke sana, tentu tidak akan dilepaskan untuk menjamah mee celup yang cukup enak rasanya. Apa yang pasti rasanya tidak sama dengan mee sup utara.
Ada cara dan ramuan tertentu yang digunakan hingga menjadikan menu mee celup mempunyai rasa yang tersendiri.
Nak tahu resipinya hingga membuatkan anda makan berselera hingga berpeluh dahi, ini cara membuatnya.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
BAHAN BAHAN
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
CARA MEMASAK
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
Beli mangkuk ini untuk menikmati mee celup.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Ok, selamat mencuba ye.
Sumber : Iza Abu Bakar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club